OPR Dijangka Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus
Menerusi laporan, kadar inflasi kekal terkawal dan pertumbuhan ekonomi masih stabil, sekali gus menyokong keputusan untuk mengekalkan dasar monetari semasa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Meskipun topik Kadar Dasar Semalaman (OPR) jarang menjadi tumpuan utama perbincangan awam, pergerakan kadar ini sebenarnya sangat penting kerana memberi kesan langsung kepada pinjaman, pembiayaan serta simpanan rakyat di negara ini.
Setiap kali Bank Negara Malaysia (BNM) umumkan keputusan kadar ini, ia mencerminkan keadaan sebenar ekonomi negara dari sudut pertumbuhan dan kestabilan harga barang.
Esok, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan berlangsung dan ramai penganalisis menjangkakan kadar OPR akan kekal pada paras 3.00 peratus.
Baca Artikel Berkaitan: BNM Kekalkan OPR Pada 2.75%
Baca Artikel Berkaitan: BNM Umum Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 Mata Asas
Baca Artikel Berkaitan: Bagaimana OPR Mengawal Inflasi, Ini Yang Patut Anda Tahu
Inflasi Terkawal, Ekonomi Stabil
Memetik laporan Berita Harian, penganalisis ekonomi menjangkakan BNM mengekalkan kadar semasa memandangkan inflasi sederhana serta ekonomi yang terus menunjukkan pertumbuhan kukuh.
Dr Mohamad Khair Afham dari Strat369 Consulting berkata, dasar semasa masih sesuai kerana inflasi diunjur kekal antara 2.0 hingga 3.5 peratus, selain permintaan domestik dan eksport yang kekal mantap.
Beliau turut menjelaskan BNM akan terus memantau risiko global seperti perang tarif dan harga komoditi, namun buat masa ini tidak ada keperluan untuk mengetatkan atau melonggarkan dasar sedia ada.
Ada Kemungkinan OPR Diturunkan Jika Risiko Meningkat
Walaupun majoriti penganalisis menjangka tiada perubahan kadar, masih ada pandangan berbeza seperti yang disuarakan Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata penurunan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus mungkin perlu sekiranya pertumbuhan global terus perlahan akibat ketidaktentuan tarif import dan krisis geopolitik.
Katanya, OPR yang lebih rendah boleh membantu memastikan permintaan domestik dan pelaburan terus rancak, terutamanya apabila inflasi masih rendah dan terkawal.
Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah elemen yang sangat penting dalam dasar monetari Malaysia dan boleh memberi kesan kepada pelbagai urusan kewangan seperti kadar deposit dan pinjaman, pertukaran matawang asing serta faedah pembiayaan perumahan.
Secara ringkasnya, OPR ialah kadar faedah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam yang membuatkan pinjaman wang dalam tempoh satu malam.
Dalam operasi harian, rizab wang tunai akan berubah-ubah bergantung kepada aktiviti peminjaman, pengeluaran wang serta deposit oleh pelanggan yang melibatkan pihak bank.
Apa Kesan OPR Kepada Rakyat Biasa?

Kadar OPR bukan sahaja memberi kesan kepada bank dan pasaran kewangan, tetapi turut dirasai secara langsung oleh pengguna biasa.
Menurut Bank Negara Malaysia dalam kenyataan terdahulu, perubahan kadar ini akan mempengaruhi kadar pinjaman seperti pembiayaan rumah, kereta serta kad kredit.
Jika OPR dinaikkan, kadar faedah pinjaman akan turut meningkat, menyebabkan bayaran bulanan bertambah. Namun, ini juga memberi kelebihan kepada penyimpan kerana kadar pulangan simpanan seperti deposit tetap (FD) akan meningkat.
Sebaliknya, jika OPR diturunkan, bayaran balik pinjaman akan berkurang, sekali gus menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan. Namun, kadar faedah simpanan juga akan menjadi lebih rendah, memberi pulangan yang kecil kepada penyimpan.
Bagi rakyat biasa, dasar OPR yang stabil seperti sekarang bermaksud ekonomi berada dalam kedudukan seimbang, tanpa tekanan besar terhadap inflasi atau keperluan mendesak untuk rangsangan tambahan.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)
Baca Artikel Berkaitan: Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?
Baca Artikel Berkaitan: Maybank & 4 Lagi Bank Di Malaysia Naikkan Kadar Pinjaman Lepas OPR Meningkat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â