[Video] Puluhan Burung Merpati Ditemui Mati Bertaburan Di Ipoh, Punca Masih Dalam Siasatan
Difahamkan, sampel bangkai burung telah dihantar ke makmal untuk siasatan penyakit dan ujian racun oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Burung merpati sering menjadi pemandangan biasa di dataran terbuka dan kawasan tumpuan awam di seluruh negara. Spesies ini bukan sahaja mudah jinak, malah sering dianggap sebagai sebahagian daripada landskap bandar yang harmoni.
Namun, kehadiran terlalu banyak burung di sesuatu kawasan juga boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam dan persekitaran, terutamanya apabila tiada kawalan populasi.
Baru-baru ini, penduduk sekitar Ipoh dikejutkan dengan penemuan beberapa bangkai burung merpati di sekitar kawasan Padang Ipoh. Kejadian ini sekaligus mencetuskan kebimbangan dan pelbagai spekulasi daripada orang ramai, termasuk kemungkinan ia berpunca daripada keracunan atau jangkitan penyakit.
Baca Artikel Berkaitan: “Pressure Ostrich Tu Nak Menang” – Acara Lumba Lari Dengan Burung Unta Jadi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Flat Di Singapura Terkejut Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur Tepi Tingkap Rumah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Restoran Di Thailand Hidang Makanan Guna Barangan ‘Random’, Guna Sangkar Burung Pun Ada!
Jabatan Veterinar Perak Siasat Punca Kematian Merpati
Memetik laporan The Star, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak kini menjalankan siasatan terhadap kes terpencil kematian burung merpati yang berlaku di sekitar kawasan Padang Ipoh.
Antara kemungkinan yang sedang diteliti adalah jangkitan penyakit seperti Avian Influenza, Newcastle Disease dan Avian Adenovirus, yang diketahui menyebabkan kadar kematian tinggi dalam kalangan burung.
Ketua Unit Kesihatan Jabatan itu, Dr R Pravina Vathi, memaklumkan bahawa siasatan dijalankan selepas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaporkan penemuan bangkai-bangkai burung di kawasan air pancut padang tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari pada Ahad, 4 Mei lalu.
Pasukan jabatan tiba ke lokasi untuk pemeriksaan pada jam 2.05 petang hari yang sama.
Hasil pemeriksaan mendapati hanya beberapa bangkai burung ditemui di longkang berhampiran kerana kebanyakannya telah dibersihkan oleh pasukan pembersihan MBI lebih awal.
Sampel bangkai telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) untuk ujian penyakit serta ke Jabatan Kimia untuk pengesanan racun pada keesokan harinya.
Menurut Dr Pravina, ketika lawatan dijalankan, kebanyakan burung di kawasan tersebut dilihat masih dalam keadaan sihat dan normal.
Sehingga pagi 5 Mei, tiada kematian baharu direkodkan, namun kemungkinan keracunan masih tidak ditolak dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Video Tular Cetus Spekulasi Netizen
Kejadian itu mula menjadi tular selepas satu video dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Taiping Kini pada 4 Mei, memaparkan beberapa bangkai merpati di kawasan air pancut tersebut.
Video berkenaan mendapat perhatian meluas dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang menzahirkan rasa bimbang dan berspekulasi tentang kemungkinan berlaku pencemaran atau aktiviti meracun burung secara sengaja.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa sedih kerana menganggap burung merpati sebagai simbol kedamaian bandar.
Buat masa ini, pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu hasil rasmi ujian makmal.
Keputusan ujian penyakit dijangka diperoleh dalam masa satu hingga dua minggu, manakala keputusan ujian racun dijangka mengambil masa sehingga sebulan.
Najis Merpati Bahaya Apabila Kering

Memetik laporan Berita Harian, seorang pakar dari UiTM menjelaskan bahawa najis burung merpati yang dibiarkan kering dan terbiar lama dalam bangunan boleh menyebabkan jangkitan pernafasan kepada manusia.
Risiko meningkat apabila najis mengandungi parasit berbahaya seperti kulat dan bakteria yang tersebar melalui udara.
Merpati urban yang hidup bebas di kawasan awam sering membiak tanpa kawalan, menjadikan isu najis tidak terkawal semakin serius, terutama jika bersarang dalam bangunan tertutup.
Debu najis yang mengandungi spora dan bakteria mudah disedut masuk ke sistem pernafasan, menyebabkan simptom seperti batuk dan selesema.
Pekerja yang mengurus pembersihan najis perlu memakai pelitup muka atau alat perlindungan pernafasan.
Negara seperti Kanada sudah ada SOP khusus dan Malaysia juga disarankan wujudkan sistem pengurusan lebih baik bagi lindungi kesihatan awam serta tempat kerja.
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Digesa Ambil Suntikan Vaksin Influenza
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Tengah Tahiyat” – Video Bangau ‘Duduk’ Bikin Ramai Garu Kepala
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu Tak Diundang, Burung Hantu Datang Beraya Buat Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.