Doktor Swasta Protes, Bantah Peraturan Papar Harga Ubat Secara Wajib
Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, kawalan harga ubat menggunakan undang-undang perniagaan dianggap tidak adil kepada para doktor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sekumpulan besar doktor swasta dilihat berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri pagi tadi bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap arahan baharu kerajaan yang mewajibkan klinik swasta mempamerkan harga ubat.
Mereka membawa plakad tertulis mesej seperti “Doctors have families too” dan “GPs support fair drug pricing, reject Act 723” sambil menyatakan kebimbangan bahawa peraturan baharu ini bakal menyukarkan perkhidmatan kesihatan dan mengelirukan pesakit.
Difahamkan, arahan yang berkuat kuasa 1 Mei lalu mewajibkan paparan harga ubat di bawah undang-undang yang biasa digunakan untuk kawal harga barang runcit, bukan untuk perkhidmatan kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Pelatih Wanita Di India Dirogol & Dibunuh Cetus Protes Libatkan Petugas Hospital
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Di India Maut Gara-gara Doktor Palsu Guna Tutorial YouTube Untuk Lakukan Pembedahan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya
Doktor Tak Tolak Ketelusan, Tapi Bukan Guna Akta Yang Salah
Menerusi laporan MalayMail, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan bahawa doktor-doktor tidak menolak ketelusan harga, tetapi menegaskan bahawa pelaksanaannya perlu melalui undang-undang yang lebih tepat dan relevan.
Mereka membantah penggunaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) kerana akta ini direka untuk perniagaan seperti pasar raya dan farmasi, bukannya untuk mengawal perkhidmatan profesional seperti klinik perubatan.
Sebaliknya, MMA dan 15 persatuan lain mahu kerajaan gunakan Akta 586 iaitu undang-undang sedia ada yang memang khusus untuk mengawal selia klinik dan hospital swasta bagi memastikan pelaksanaan lebih teratur dan tidak mengganggu sistem rawatan sedia ada.
Doktor Bukan Penjual Barang, Khidmat Kesihatan Tak Patut Disamakan
Bakal Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, sistem rawatan pesakit tidak sama dengan sistem pembelian barangan di kedai.
Seorang pesakit melalui banyak peringkat dari pendaftaran, konsultasi, ujian fizikal, hingga ke diagnosis adalah satu proses perubatan yang kompleks dan bukannya transaksi biasa.
Beliau juga menekankan bahawa membuka sebuah klinik memerlukan hampir sedekad latihan dan pengalaman, berbanding perniagaan biasa yang tidak memerlukan kelayakan profesional setinggi itu.
Jadi, mengawal harga ubat dengan undang-undang perniagaan dianggap tidak adil kepada para doktor.
Dr Thirunavukarasu turut menyatakan bahawa undang-undang sedia ada seperti Akta Perubatan 1971 sudah pun memastikan pesakit diberi maklumat kos rawatan, jadi tiada keperluan untuk mengenakan akta lain yang berlapis dan mengelirukan.
Bukan Tolak Kerjasama, Tapi Mahu Suara Doktor Didengar
Perhimpunan itu menyaksikan memorandum diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri, dengan harapan pihak kerajaan akan membuka ruang perbincangan bersama para doktor untuk mencari penyelesaian yang lebih baik.
Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya berarak sejauh 2.3 kilometer dari Kementerian Kesihatan ke Putrajaya, namun rancangan itu dibatalkan selepas dinasihatkan pihak polis dan mengambil kira kehadiran peserta berusia.
Dr Thirunavukarasu berkata, himpunan itu bukan untuk menekan kerajaan, tetapi sebagai isyarat jelas bahawa golongan perubatan juga perlu didengar apabila polisi baharu memberi kesan langsung kepada cara mereka merawat pesakit setiap hari.
Baca Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Staf Petugas Kesihatan Di Hospital Serdang
Baca Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Rupanya Pernah Jalani Rawatan Psikiatri
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Atau Scammer? Pakar Ini Kongsi Cara Pastikan Tauliah Perubatan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.