PDRM Siasat Dakwaan Datin Dilarikan Individu Menyamar Polis Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM
Mesej terakhir oleh Datin Seri Pamela Ling Yueh dihantar kepada peguamnya yang memaklumkan dia dalam perjalanan ke SPRM ketika itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum bahawa kes membabitkan rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang dan sebagainya akan disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Individu terbabit akan dipanggil menghadiri ke Ibu Pejabat SPRM demi mengambil keterangannya untuk membantu siasatan.
Namun dalam satu kes baru-baru ini, seorang saksi telah hilang ketika dalam perjalanan ke SPRM bagi memberi keterangan dipercayai diculik.
Baca Artikel Berkaitan: Where Is Pamela Ling? Family Baffled As Woman Goes Missing While On The Way To MACC
Baca Artikel Berkaitan: SPRM Tahan 45 Pegawai & Anggota PDRM Dari Januari Hingga September 2024
Polis Siasat Dakwaan Pamela Diculik Individu Berpakaian Vest Polis
Terkini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengambil maklum tentang dakwaan seorang wanita yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM dilarikan individu yang menyamar sebagai polis pada 9 April lalu.
Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut ke atas dakwaan membabitkan Datin Seri Pamela Ling Yueh itu.
“Kita masih siasat maklumat yang menyatakan mangsa dilarikan individu berpakaian seragam atau ‘vest’ polis.
“Pihak polis masih meneliti sama ada dia (mangsa) dilarikan polis sebenar atau individu yang menyamar polis,” katanya dipetik Kosmo.
Sekadar info, Pamela merupakan isteri kepada ahli perniagaan dari Sarawak, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu. Difahamkan pasangan itu sedang dalam proses bercerai.
Menurut peguamnya, N Sivananthan, wanita itu dan suaminya disiasat oleh SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Polis Ambil Keterangan Saksi, Peguam & Pemandu e-Hailing
Tambah Razarudin, pihaknya sedang mengumpul rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian serta keterangan saksi yang dipanggil, peguam kepada wanita dan pemandu e-hailing yang membawa wanita itu sebelum hilang.
Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan insiden kehilangan salah seorang saksi itu secara terperinci memandangkan perancangan dan tindakan susulan yang bakal diambil boleh terjejas.
“Saya mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk membantu Kontinjen Kuala Lumpur dalam siasatan kes ini sekaligus menjejaki keberadaan Pamela.
“Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur sedang meneliti segala fakta dan petunjuk yang ada dalam mengesan mangsa,” ujarnya.
Dalam masa sama, Razarudin juga tidak menyatakan sama ada penculikan Pamela dirancang oleh pihak tertentu disebabkan aset yang dimiliki ataupun tidak.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan penculikannya dirancang dalam usaha menuding kesalahan pada pihak SPRM dan PDRM.
Mesej Terakhir Dihantar Oleh Pamela Kepada Peguamnya
Terdahulu, Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke SPRM bagi memberi keterangan pada pukul 1.30 tengah hari hingga 2.10 petang pada 9 April.
Dia kemudiannya tidak dapat dihubungi atau membalas mesej yang dihantar, sekaligus menimbulkan kerisauan dalam kalangan ahli keluarganya.
Difahamkan mesej terakhir telah dihantar oleh Pamela kepada peguamnya pada 1.57 tengah hari itu bagi memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan waktu anggaran tiba pada 2.08 petang.
Setakat ini, wanita itu telah hilang selama 26 hari dan pihak polis meminta kerjasama orang awam tampil membantu jika mempunyai sebarang maklumat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Baca Artikel Berkaitan: “Jika Ditawar RM1 Juta, Dapat RM1 Juta” – SPRM Beri Ganjaran Jika Penjawat Awam Lapor Kes Rasuah
Baca Artikel Berkaitan: Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM
Baca Artikel Berkaitan: Polis Guna Imej 3D Bagi Siasat Semula Kes Kematian Teoh Beng Hock
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.