Tular Video Pelatih GiatMARA OKU Dibuli, Exco Pendidikan Melaka Dedah Ia Kes Lama
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, siasatan awal mendapati kejadian itu adalah gurauan kasar sesama pelatih di GiatMARA Durian Tunggal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden buli dalam kalangan masyarakat dilihat semakin berleluasa, sama ada di peringkat sekolah, di institusi pengajian tinggi, malah di tempat kerja.
Walaupun ada pelaku yang mendakwa tindakannya hanyalah sekadar gurauan kasar, namun ia masih boleh disifatkan sebagai buli bukan sahaja secara fizikal, malah mental.
Pun begitu, kes buli kini sudah makin mendapat perhatian umum dengan tindakan dikenakan terhadap pelaku apabila ia dilaporkan.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Terlibat Dalam Kes Buli MRSM Digantung Sementara Siasatan Berjalan
Baca Artikel Berkaitan: Gurau Kasar Umpama Buli, Netizen Berang Tindakan Dua Pelajar ‘Tindih’ Rakan Dalam Dorm
Baca Artikel Berkaitan: “Garis Panduan Pengurusan Buli Bagi Petugas Kesihatan Akan Dikeluarkan” – KKM
Lelaki Dakwa Rakan Pemegang Kad OKU Jadi Mangsa Buli Di GiatMARA
Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik ke TikTok oleh seorang lelaki (@masdo21) yang mendakwa rakan baru dikenali telah menjadi mangsa buli di sebuah institusi pendidikan dalam negara.
Menurutnya, rakannya itu yang merupakan pelajar di GiatMARA Alor Gajah, Melaka adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran.
Berdasarkan rakaman video, dia berkata lelaki itu telah dibaling botol ke arahnya ketika sedang berbaring.
Malah, motosikal kepunyaan lelaki OKU itu juga pernah diangkat beramai-ramai dan diletakkan di dalam sebuah reban di institusi berkenaan.
Dia dalam pada itu berharap agar hantaran terbabit mendapat perhatian banyak pihak dan tindakan diambil ke atas pelaku oleh pihak GiatMARA.
@masdo21 Giat mara durian tunggal.. your move.. apa2 keputusan di update part 2.. #stopbullying🛑✋ #notcool ♬ Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha
Tonton video penuh [DI SINI].
Datuk Asyraf Wajdi Arah Tindakan Segera Diambil
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Ahmad Hamdi Ibrahim supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden berkenaan.
Beliau berkata pihak pengurusan akan memanggil kesemua individu terlibat termasuk pelatih yang didakwa menjadi mangsa buli bagi menjalankan siasatan terperinci.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu adalah gurauan kasar sesama pelatih ketika mereka menjalani latihan di GiatMARA Alor Gajah sebelum ini. Kini, mereka semua sedang menjalani Latihan Industri dalam bidang Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
MARA Tidak Kompromi Buli Fizikal Mahupun Mental
Dalam masa sama, Asyraf Wajdi menegaskan bahawa sebarang bentuk perbuatan buli sama ada secara fizikal mahupun mental tidak akan dikompromi oleh pihak MARA dan tindakan tegas akan diambil.
“Apa juga bentuk lawak mahupun gurauan, tidak boleh dipandang enteng. Bagi saya ini satu bentuk pembulian. Walaupun bukan dalam bentuk fizikal tetapi ia melibatkan mental dan apatah lagi melibatkan seorang OKU,” katanya.
Tambahnya lagi, tiada tempat bagi pembuli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej MARA, Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), German-Malaysian Institute (GMI), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Asyraf Wajdi juga berkata prinsipnya terhadap isu buli difahami oleh pihak pengurusan MARA dan IPMA yang mana tindakan paling tegas akan diambil dalam kes pelaku terbukti melakukan jenayah buli.
Exco Pendidikan Jelaskan Kes Dianggap Selesai
Terbaharu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman hari ini (5 Mei) memaklumkan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada Februari lalu sebelum ditularkan semula.
“Berdasarkan hasil siasatan saya kes ini dah lama berlaku sekitar Februari lalu dan sebenarnya pelajar yang terlibat pun sudah dipanggil oleh MARA.
“Keterangan semua telah diambil malah semua (pelajar terlibat) pun sudah minta maaf dan mereka meneruskan kursus kemahiran menjalani latihan loji,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau menjelaskan bahawa kes berkenaan dianggap selesai setelah kedua-dua pihak saling bermaafan.
“Tambahan pula, pelatih berkenaan (mangsa buli) tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali ada perkembangan baharu dalam kes ini akan dimaklumkan kelak,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Pelatih Jadi ‘Main Target’ Kes Buli Di Fasiliti Kesihatan, Menteri Kesihatan Tampil Beri Solusi
Baca Artikel Berkaitan: ATM Lakukan 8 Langkah Penambahbaikan & Pencegahan Atasi Gejala Buli Di UPNM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.