Now Reading
Pulau Pinang Bakal Jadi Antara Negeri Yang Paling Terkesan Dengan Tarif AS – Ketua Menteri

Pulau Pinang Bakal Jadi Antara Negeri Yang Paling Terkesan Dengan Tarif AS – Ketua Menteri

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, sebanyak RM76 bilion yang merangkumi 17% eksport Pulau Pinang dihantar ke Amerika Syarikat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekitar April lalu, masyarakat global dikejutkan dengan pengumuman tarif bagi barangan import ke Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada kadar 10%.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada langkah itu apabila dikenakan tarif sebanyak 24%.

Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengadakan rundingan berkenaan kadar tarif import dengan AS.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Malaysia Pun Kena Tempias” – Tengku Zafrul Jelaskan Isu Kenaikan Tarif Dikenakan Trump

Baca Artikel Berkaitan: Tarif AS Ke Atas China Dikenakan Trump Meningkat Kepada 104%

Pulau Pinang Bakal Jadi Paling Terkesan Dengan Tarif AS

Terbaharu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, pulau itu bakal menjadi antara negeri yang paling banyak terkesan dengan pelaksanaan tarif timbal balik AS.

Menurutnya, sebanyak RM76 bilion yang merangkumi 17% eksport Pulau Pinang dihantar ke AS. Jumlah ini merupakan nilai eksport kedua terbesar dari negeri itu.

“Ia adalah salah satu rakan dagang utama kami, dengan lebihan perdagangan RM57.7 bilion bagi tahun lepas.

“Oleh itu, implementasi tarif tersebut mungkin mempunyai impak serius ke atas Pulau Pinang berbanding lain-lain negeri dalam negara,” katanya dalam ucapan ketika Sidang Khas Parlimen di Dewan Rakyat hari ini (5 Mei).

Pasukan Petugas Pemantauan Tarif Diwujudkan Bagi Kurangkan Kesan Tarif

Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata bagi mengurangkan kesan tarif berkenaan, satu pasukan petugas pemantauan tarif telah diwujudkan di Pulau Pinang.

Di samping itu, pihaknya turut memperkenalkan set peralatan penyesuaian bagi membantu pengeksport dan SME mengharungi landskap perdagangan yang berkembang.

Chow turut mendesak kerajaan Persekutuan agar bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu SME dalam mengatasi ketidakpastian ekonomi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Puji Kepimpinan Deligasi Ke Washington DC

Dalam masa sama, beliau memuji Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kejayaan memimpin deligasi ke Washington DC.

“Kami yakin perundingan ini akan mewujudkan penyelesaian yang saling menguntungkan berdasarkan kepercayaan dan keadilan,” ujarnya.

Tambah Chow, penting agar hubungan perdagangan negara dengan AS diperkukuhkan menerusi penyelesaian jangka panjang.

“Salah satu langkah penting adalah dengan melantik seorang duta di sana. Ini adalah penting bukan sahaja demi mewakili kepentingan negara, tetapi juga bagi membawa suara dan aspirasi ke peringkat kepimpinan tertinggi AS.

“Kita tidak boleh terus menghantar menteri-menteri ke Washington DC pada setiap masa,” katanya dipetik The Star.

Dalam pada itu, Chow juga berkata negara-negara ASEAN perlu mengadakan sidang kemuncak khas dengan AS demi menyatakan aspirasi ekonominya sebagai sebuah blok bersatu.

Perdana Menteri Jangka Tarif AS Mungkin Berkurang

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tarif AS terhadap Malaysia sebanyak 24% mungkin akan dikurangkan memandangkan republik itu bersetuju untuk berunding lebih lanjut.

“Kita alu-alukan pengakuan dan kerjasama AS untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia. Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak,” ujarnya.

Pun begitu, Anwar memaklumkan bahawa perbincangan tersebut tidak dapat didedahkan kerana tertakluk kepada Non-Disclosure Agreement (NDA) yang selari dengan amalan antarabangsa.

“Mana-mana perjanjian sebelum dimuktamadkan itu mesti jaga kerahsiaan tetapi tentunya sebaik dimeterai kita akan memaklumkan kepada Jemaah Menteri, dan seterusnya kepada Parlimen,” katanya dipetik Awani.

Baca Artikel Berkaitan: “AS Hampir Tiada Produk Tempatan” – Tun M Anggar Trump Hentikan Tarif Tinggi Dalam 3 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: Produk China Didakwa Dipalsukan Sebagai Buatan Malaysia Bagi Elak Tarif AS Tinggi

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Tak Ada Duit” – Pengulas AS ‘Kutuk’ Kedatangan Presiden China Ke Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd