Kenderaan Mikromobiliti Haram Atas Jalan Raya, JPJ Maklum Akan Ambil Tindakan Tegas
Difahamkan, amaran ini diberi susulan video tiga individu yang tular menaiki kenderaan mikromobiliti di jalan raya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter, hoverboard dan basikal elektrik semakin popular di Malaysia. Kenderaan ini sering menjadi pilihan, terutama dalam kalangan muda.
Namun, peningkatan penggunaannya turut menimbulkan pelbagai kebimbangan terutama dari aspek keselamatan dan perundangan. Ramai masih tidak sedar bahawa kebanyakan kenderaan ini tidak dibenarkan digunakan di jalan awam kerana tidak memenuhi piawaian keselamatan.
Beberapa insiden sebelum ini juga menunjukkan potensi bahaya apabila kenderaan jenis ini digunakan secara bebas di laluan kenderaan bermotor. Tanpa perlindungan sewajarnya, pengguna mikromobiliti berisiko tinggi terdedah kepada kemalangan.
Baca Artikel Berkaitan: JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Untuk 3 Kesalahan Jalan Raya Sehingga Jun 2025
Baca Artikel Berkaitan: [Video] JPJ Jadi ‘Undercover’, Pemandu Bas Disaman Gara-gara Main Telefon Waktu Memandu
Baca Artikel Berkaitan: Tular JPJ Johor Saman Pemandu Potong Di Garisan Berkembar, Siap Ada Yang Minta ‘Kawtim’ [Video]
JPJ Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penggunaan Di Jalan Raya
Walaupun larangan sudah dikuatkuasakan sejak 2021, penggunaan kenderaan mikromobiliti di jalan awam masih berlaku.
Memetik laporan Berita Harian, satu video tular berdurasi 18 saat menunjukkan tiga individu menaiki skuter elektrik di jalan utama, sekali gus mencetus kebimbangan terhadap tahap kesedaran pengguna.
Timbalan Pengarah JPJ Melaka iaitu Khairul Aswad Abdul Halim berkata, pihaknya memandang serius isu ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan.
Individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1,000 atau dipenjara maksimum tiga bulan, atau kedua-duanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa mikromobiliti hanya dibenarkan di kawasan tertutup seperti taman rekreasi, laluan khas atau kawasan persendirian.
Penggunaan di jalan raya awam adalah jelas dilarang dan boleh mengundang risiko keselamatan kepada semua pengguna jalan.
Video Tular Cetus Kebimbangan
JPJ Melaka memaklumkan video tular itu memaparkan insiden berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ berhampiran Bachang.
Menurut Khairul Aswad, kenderaan seperti skuter elektrik tergolong dalam mikromobiliti yang tertakluk kepada Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan pada 17 Disember 2021.
Pihak JPJ menegaskan bahawa mereka akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang ingkar.
Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta memastikan penggunaan kenderaan yang selamat dan sah.
Beliau turut menyeru ibu bapa agar memainkan peranan memantau pergerakan anak-anak, terutama dalam penggunaan kenderaan seperti ini yang kerap disalahguna di jalan awam.
Jenis Kenderaan Mikromobiliti Yang Dilarang Atas Jalan Raya
Antara kenderaan mikromobiliti yang tidak dibenarkan digunakan di jalan awam ialah:
- Skuter elektrik (e-skuter)
- Hoverboard
- Monowheel
- Segway
- Basikal elektrik tanpa kelulusan JPJ
Penunggang yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 bagi kesalahan seterusnya atau penjara selama tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sebaliknya, skuter elektrik ini boleh boleh digunakan di kawasan yang dibenarkan sebagai contoh taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Nak Pakai Kasut?” – JPJ Johor Saman Pemandu Bas Pandu Di Lorong Kanan Secara Berterusan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Asing Tunggang E-Skuter Di Tengah Jalan Undang Kecaman Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.