Kerajaan Gubal Akta PSB, Ingin Bantu Masyarakat Tinggal Di Flat Hidup Lebih Selesa
Berdasarkan laporan, Akta PSB digubal bagi memastikan penduduk flat lama berhak mendapat kediaman baharu yang lebih selesa, selamat dan kondusif.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tempat tinggal yang selesa merupakan keperluan asas yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Ia bukan sahaja menjadi ruang berteduh, malah turut mempengaruhi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan penghuninya.
Namun, ramai yang kurang bernasib baik masih menetap di kawasan flat lama, apartment terbiar dan kediaman yang semakin daif. Situasi itu menimbulkan kebimbangan terutama dari segi keselesaan dan keselamatan jangka panjang.
Bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu inisiatif penting melalui penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang memberi fokus terhadap penambahbaikan kawasan perumahan usang.
Baca Artikel Berkaitan: “Susahkan Hidup Orang!” – Penghuni Flat Enggan Buang Sampah Dalam Tong Disediakan Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penghuni Pangsapuri Longgok Barang Depan Rumah, Buat Siar Kaki Seperti Stor Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Ke Nak Beli?” – Penuh Sampah Sarap, Ejen Hartanah Reviu Flat RM120,000 Curi Perhatian
Kejiranan Flat Daif Diberi Harapan Baharu Melalui PSB
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa mana-mana pemilik rumah yang terlibat dalam PSB berhak menerima unit pengganti yang lebih baik dan selesa, selari dengan peruntukan dalam Akta PSB.
Konsep “one to one” atau “not less favourable” dijadikan asas utama dalam pelaksanaan, di mana pemilik mesti menerima unit baharu yang nilainya tidak kurang daripada rumah asal.
Beliau menjelaskan bahawa jika rumah asal berkeluasan 450 kaki persegi, rumah baru akan lebih luas dan bernilai tinggi.
Dalam program Ekspedisi Akta PSB bersama Ahli Parlimen, empat tapak kediaman di ibu kota dilawati.
Dua lokasi yang masih usang iaitu Flat Sutera, Taman Desa Bakti di Selayang dan Flat Taman Kuchai Jaya. Dua lagi telah berjaya dibangunkan semula iaitu Residensi Kerinchi dan 1Razak Mansion.
Pemerhatian mendapati lokasi yang belum dibangunkan berada dalam keadaan daif, tidak kondusif dan banyak disewakan kepada pekerja asing.
Sebahagian penduduk merayu agar pembangunan dipercepat tanpa perlu tunggu penguatkuasaan akta pada Jun nanti.
Sementara itu, dua lokasi PSB yang telah dibangunkan semula menunjukkan peningkatan nilai hartanah yang ketara.
Dari sekitar RM20,000 hingga RM70,000 kepada RM214,000 hingga RM449,000 seunit, lengkap dengan kemudahan moden dan keluasan lebih besar.
Akta PSB turut menetapkan ambang persetujuan pemilik sebanyak 75 peratus sahaja berbanding keperluan 100 peratus sebelum ini bagi memudahkan kelulusan projek.
Menurut Nga, pelaksanaan PSB yang terancang bukan sahaja memperbaharui perumahan usang malah membina komuniti lebih selamat dan sejahtera untuk masa depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan kerajaan menggubal Akta PSB bagi menjamin kehidupan yang lebih baik untuk rakyat yang menetap di kawasan daif.
DBKL turut diminta pastikan rumah sementara yang disediakan bersifat selesa sepanjang proses pembangunan dijalankan.
Penduduk Dijamin Rumah Ganti Lebih Baik, Bukan Sekadar Janji
Memetik laporan Berita Harian, bukan sahaja berdepan bangunan uzur dan usang, malah bau hancing yang menyengat dari flat turut menambah ketidakselesaan pelawat dan penduduk. Begitulah keadaan Flat Taman Kuchai Jaya yang terletak di ibu kota sejak 1989 dan kini berusia 36 tahun.
Meskipun kedudukannya strategik berhampiran KTM, MRT dan klinik kesihatan, nilai unit rumah di situ hanya sekitar RM80,000 hingga RM122,000.
Harga rendah itu turut menarik ramai warga asing menetap di situ hingga mengubah wajah demografi kawasan berkenaan.
Apa yang lebih membimbangkan, kelibat individu mabuk berkeliaran sudah menjadi perkara biasa di sekitar flat tersebut, menjadikan ia tidak lagi selamat untuk didiami. Masalah lain turut melibatkan lif rosak dan kemudahan asas yang terabai.
Seorang penghuni, A Hamed, yang telah tinggal di situ selama 30 tahun, menyuarakan rasa lega apabila flat itu tersenarai dalam Projek Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Beliau berharap kehidupan yang lebih selesa bakal menjadi kenyataan selepas ini.
Baca Artikel Berkaitan: Pemungut Sampah Kecewa Segelintir Masyarakat Tak Ikat Sampah Dengan Betul
Baca Artikel Berkaitan: “Ujian Bulan Puasa” – Rider Ini Pening Ada Yang Pasang Pagar Di Tengah Laluan Pejalan Kaki Flat
Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: Isu Pasang Grill Hingga Halang Laluan, Pemilik Rumah Flat Masih Belum Buka Walaupun Telah Diarah DBKL
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.