Now Reading
Kerajaan Bakal Hentikan Subsidi Telur Ayam Sepenuhnya Pada 1 Ogos

Kerajaan Bakal Hentikan Subsidi Telur Ayam Sepenuhnya Pada 1 Ogos

Dalam masa, KPKM dan KPDN akan melaksanakan tiga langkah intervensi bagi meminimumkan impak ke atas kos sara hidup akibat pemotongan subsidi telur ayam.

Telur merupakan salah satu sumber protein yang menjadi pilihan masyarakat kerana harganya yang lebih murah berbanding ayam, ikan dan daging.

Di Malaysia, kerajaan telah meletakkan subsidi pada telur ayam yang dapat dinikmati seluruh pelusuk negara tanpa mengira kewarganegaraan atau tahap ekonomi.

Sehubungan itu, orang ramai dapat menikmati telur ayam pada harga yang lebih kompetitif.

Baca Artikel Berkaitan: Telur Yang Nak Disimpan Tak Perlu Dicuci? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Kutip Telur Berterabur Di LPT2, Pensyarah Jelaskan Mungkin Tak Selamat Dimakan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

Subsidi Telur Akan Dihentikan Sepenuhnya Bermula 1 Ogos

Terbaharu, kerajaan mengumumkan akan menamatkan subsidi ke atas telur ayam sepenuhnya bermula 1 Ogos kelak.

Menerusi kenyataan di Facebook Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kawalan harga telur ayam akan ditamatkan dan kadar subsidi akan dipotong dari RM0.10 ke RM0.05 bagi setiap telur bermula esok, 1 Mei.

Menurutnya, tindakan itu diambil selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa.

“Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang cukup dan terjamin berikutan kos pengeluaran yang telah stabil.

“Ini terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang lalu di mana ketersediaan bekalan adalah mencukupi dengan harga yang kompetitif,” katanya.

RM2.5 Bilion Subsidi Telur Ayam Dalam Masa 23 Bulan

Menurut KPKM, hampir RM2.5 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam menampung subsidi telur ayam dari Februari 2022 hingga Disember 2024.

Usaha ini dilakukan demi menampung peningkatan kos pengeluaran telur ayam yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 serta perang Ukraine-Rusia yang menyebabkan harga import soya dan jagung bijian meningkat.

“Kerajaan juga telah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara,” ujarnya.

Tambah KPKM, memandangkan subsidi kini dapat dinikmati oleh warga asing serta golongan berpendapatan tinggi, langkah penyasaran subsidi dilihat lebih adil.

Oleh itu, penjimatan daripada peruntukan tersebut dapat memberi hasil kepada kerajaan untuk digunakan bagi pembiayaan projek-projek tertentu demi kesejahteraan rakyat.

3 Langkah Untuk Kurangkan Impak Atas Kos Sara Hidup

Di samping itu, KPKM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dalam usaha meminimumkan impak ke atas kos sara hidup bakal melaksanakan langkah-langkah intervensi iaitu:

  1. Pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga yang munasabah.
  2. Rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara termasuk di outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembagai Pertubuhan Peladang (LPP).
  3. KPDN akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Dalam masa sama, KPKM meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat atau aduan mengenai isu bekalan telur menerusi e-mel rasminya (pro@kpkm.gov.my) atau hotline Ibu Pejabat KPKM Putrajaya (03-8000 8000).

Subsidi Telur Ayam 10 Sen Sebiji Sejak November 2022

Pada November 2022, subsidi ke atas telur ayam telah meningkat kepada 10 sen daripada lapan sen sebiji.

Kenaikan subsidi itu dikenakan terhadap semua gred telur ayam dan melibatkan sekitar RM20 juta perbelanjaan kerajaan.

Terdahulu, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa Malaysia kini berdepan kekurangan lebih 96 juta telur sebulan.

Baca Artikel Berkaitan: Subsidi Sebiji Telur Naik Kepada 10 Sen – Annuar Musa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Akibat Cuaca Terlalu Panas, Telur Tertinggal Dalam Kereta Jadi Separuh Masak

Baca Artikel Berkaitan: Mydin Gesa Isu Kekurangan Bekalan Telur Diselesaikan Segera


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd