Polis Rampas Pistol Milik Adun Hulu Kinta, Sokong Permit Dibatalkan
Difahamkan, pihak polis sudah merampas senjata api berkenaan dan diserahkan di Ibu Pejabat Daerah Ipoh.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pemilikan senjata api di negara ini bukan sesuatu yang lazim diperkatakan secara terbuka. Kebiasaannya, hanya golongan tertentu seperti anggota keselamatan atau individu berprofil tinggi sahaja yang memiliki lesen sah.
Namun baru-baru ini, timbul isu melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa mengugut seorang individu dengan menggunakan senjata api miliknya.
Meskipun memiliki permit yang sah, pemilikan senjata tetap tertakluk kepada peraturan ketat dan tidak boleh disalahgunakan. Ekoran insiden itu, pihak polis telah merampas senjata terbabit untuk tujuan siasatan.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Anggotanya Beri Rakan Pegang & Bergambar Dengan Senjata
Baca Artikel Berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Suspek Ditahan Di Kota Bharu, Kelantan
Senjata Dirampas, Permit Dalam Proses Dibatalkan
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa senjata tersebut telah dirampas dan disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi tujuan siasatan.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) apabila pemilik senjata api berdaftar terlibat dalam mana-mana kes siasatan polis.
Permohonan pembatalan permit juga telah dihantar ke Bukit Aman pada 18 April lalu.
“Senjatanya telah diserahkan oleh ADUN terbabit pada 19 April. Setakat ini, seramai 13 individu termasuk pengadu dan ADUN itu sendiri telah dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.
Pemilikan Senjata Api Tertakluk Syarat Ketat
Pemilikan senjata api di Malaysia bukan sekadar mengisi borang semata-mata. Ia perlu melalui proses saringan ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pernah menjelaskan bahawa lesen hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak, tidak kira untuk tujuan keselamatan mahupun pertanian.
Cara Mohon Lesen Senjata Api
- Perlu dapatkan borang POL 128 / PIL 125
- Berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada rekod jenayah
- Tiada kecacatan yang menjejaskan keupayaan kendali senjata
Prosedur
- Serah borang lengkap ke IPD untuk semakan awal, kemudian ke IPK dan akhir sekali Bukit Aman untuk kelulusan
- Semua jenis senjata api termasuk tiruan memerlukan lesen
- Kelulusan hanya dibuat oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Polis Negeri
- Tiada bayaran dikenakan
- Tempoh proses sekitar 180 hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap
Boleh Ke Orang Awam Miliki Senjata?
Pemilikan senjata api oleh orang awam adalah salah di sisi undang KECUALI jika anda mempunyai Lesen Membawa dan Menggunakan di bawah Akta Senjata 1960.
Di Malaysia, terdapat undang-undang berkenaan senjata yang tidak dibenarkan di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Antara senjata api yang tidak dibenarkan dibawa oleh orang awam adalah seperti:
- Pisau yang mengeluarkan bilah secara automatik melalui dengan menekan butang (Flick knife)
- Pisau yang mengeluarkan bilah dari sarung melalui tekanan graviti (Gravity knife)
- Kapak kecil
- Semua jenis buku lima
- Pisau dengan tiga mata tajam (Bearing scraper)
- Senjata yang dikaitkan dengan agama atau kepercayaan seperti pedang, keris atau parang
- Lembing
- Panah-silang
- Senjata elektrik
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Insiden Tembakan Di Restoran Di Hatyai, Dua Beradik Jadi Yatim Piatu
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tembak Mati 4 Penjenayah Warga Vietnam, Disyaki Terbabit Dalam 44 Kes Tebuk Peti Besi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.