Kebakaran Putra Heights: Lebih 150 Mangsa Sudah Terima Bantuan Bayaran Sewa
Bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun bank mangsa yang terlibat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah menyebabkan ramai mangsa kehilangan aset berharga termasuk rumah dan kenderaan. Bagi meringankan beban mereka, beberapa organisasi serta pihak kerajaan telah tampil menghulurkan bantuan.
Seperti sebelum ini, syarikat automotif Chery Malaysia mengambil inisiatif menyediakan sebanyak 50 buah kereta untuk kegunaan sementara mangsa kebakaran selama sebulan.
Terbaharu, Kerajaan Selangor memaklumkan telah menyalurkan bantuan bayaran sewa rumah selama tiga bulan kepada lebih 150 keluarga yang terlibat dalam kejadian berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights
Baca Artikel Berkaitan: Paip Gas Yang Meletup Telah Ditemui, Siasatan Punca Kebakaran Di Putra Heights Hampir Selesai
Baca Artikel Berkaitan: Kebakaran Putra Heights: Seluruh Rumah Hampir Musnah, Ramai Terpegun Bilik Solat Seolah Tak ‘Tersentuh’
Salur Inisiatif Khas, Hampir 150 Mangsa Sudah Menerima Bantuan
Memetik laporan Bernama, Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor iaitu Datuk Borhan Aman Shah berkata jumlah penerima bantuan dijangka terus meningkat selari dengan proses siasatan pihak berkuasa yang sedang berjalan.
Beliau memaklumkan, bantuan berjumlah RM2,000 sebulan itu disalurkan melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun bank mangsa.
“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengarahkan agar bantuan bagi tiga bulan pertama dimasukkan terus ke akaun penerima, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000,” katanya.
Terdahulu, Amirudin memaklumkan seramai 396 ketua isi rumah yang terlibat layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan.
Mengulas lanjut, Borhan berkata kerajaan negeri kini dalam proses meneliti bentuk bantuan tambahan untuk pembinaan semula rumah mangsa, bergantung kepada tahap kerosakan.
“Perkara ini sedang dibincangkan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi berkaitan. Menteri Besar akan membuat pengumuman rasmi kerana terdapat kategori kerosakan yang berbeza, sama ada musnah sepenuhnya atau kerosakan ringan,” ujarnya.
Dalam tragedi pada 1 April lalu, sebanyak 81 rumah musnah sepenuhnya dengan tahap kerosakan melebihi 40%, manakala 81 lagi mengalami kerosakan separa. Sebanyak 57 rumah turut terjejas tanpa terbakar, sementara 218 rumah lain tidak mengalami kerosakan, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
Dalam perkembangan berasingan, Ng memaklumkan bahawa projek pembinaan krematorium moden di Kampung Sungai Buaya dijangka bermula hujung tahun ini, dengan tempoh pembinaan selama 18 bulan dan anggaran kos keseluruhan RM5 juta.
Projek di atas tanah seluas 0.404 hektar itu akan menempatkan tiga unit tempat pembakaran berteknologi moden yang mengutamakan kecekapan operasi, keselamatan pengguna serta kelestarian alam sekitar.
Bantuan-Bantuan Yang Disalurkan Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights
Terdahulu, syarikat automotif Chery Malaysia menyediakan sebanyak 50 buah kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama satu bulan.
Menurut Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, antara keperluan penting adalah urusan ke tempat kerja dan anak yang masih lagi bersekolah bagi menghadapi peperiksaan.
Selain itu, Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) juga menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 bagi menzahirkan keprihatinan dan solidariti kepada mangsa terjejas dan mengharungi kesukaran akibat tragedi ini.
Syarikat terkemuka lain yang turut mengemukakan sumbangan kepada para mangsa adalah seperti berikut:
- Berjaya Corporation – Sumbangan berjumlah hampir RM1 juta bagi 300 keluarga terkesan.
- Panasonic Malaysia – Sumbangan e-baucar RM120,000 kepada 240 keluarga terkesan.
- QSR Brands – Mengagihkan 500 set KFC dan 300 set Pizza Hut.
- Zus Coffee – Sumbangan 400 botol Buttercreme dan Kopitiam Latte.
- Tan Chong Motor Holdings (TCMH) dan Warisan TC Holdings (WTCH) – Menyediakan 30 kenderaan Nissan, GAC Motor, dan Renault sebagai pinjaman.
- Carro – Sumbangan 30 kenderaan bagi kegunaan sementara.
Baca Artikel Berkaitan: Letupan Gas Putra Heights – Harga Bidaan Rumah Mewah RM6.7 Juta Berdekatan Lokasi Dibuka Bermula RM3.33 Juta
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Sebabkan Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.