Now Reading
Peguam Negara Dapat Kebenaran Rayu Kes Titah Adendum Najib

Peguam Negara Dapat Kebenaran Rayu Kes Titah Adendum Najib

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan Peguam Negara meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan tempoh hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah terus menjadi perhatian. Permohonan itu berkait dengan dakwaan kewujudan Titah Adendum yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dalam kes dana SRC International Sdn Bhd sedang berusaha untuk mengesahkan Titah Adendum menjadikan kes ini berlanjutan ke beberapa peringkat mahkamah.

Terbaharu, Peguam Negara dilaporkan memperoleh kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membenarkan Najib meneruskan prosiding semakan kehakiman berhubung dokumen itu.

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Benarkan Najib Cabar Kewujudan Titah Adendum

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Perintah Tahanan Rumah Bagi Najib Diterima Jabatan Penjara – Saifuddin Nasution

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Dedah Pengalaman Di Penjara Kajang Bersama Najib & PU Azman

Permohonan Kebenaran Rayu, Peguam Negara Dapat “Green Light”

Menerusi laporan Harian Metro, Mahkamah Persekutuan membenarkan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.

Difahamkan, Mahkamah Tinggi selepas ini akan mendengar persoalan undang-undang yang akan dihujahkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pada 24 Mac lalu, Mohd Dusuki telah mengemukakan hujahan untuk mendapatkan kebenaran rayuan itu.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib sebelum ini berhujah bahawa permohonan kebenaran merayu tidak lagi relevan kerana Mahkamah Rayuan telahpun memutuskan wujudnya Titah Adendum tersebut.

Beliau menegaskan bahawa Najib bukan mencabar keputusan Lembaga Pengampunan, sebaliknya mengesahkan arahan Yang di-Pertuan Agong.

Latar Belakang Titah Adendum Najib

Pada 6 Januari lalu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan dan enam pihak lain mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril kemudiannya membuat keputusan majoriti 2-1, membenarkan permohonan Najib.

Mahkamah Persekutuan Benarkan AG Teruskan Rayuan

Memetik laporan MalayMail, Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan Peguam Negara meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan tempoh hari.

Ketua Hakim Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan keputusan tersebut memihak kepada Peguam Negara. Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Difahamkan, keputusan ini membolehkan Peguam Negara mengemukakan hujahan penuh di Mahkamah Persekutuan mengapa Najib tidak sepatutnya dibenarkan meneruskan prosiding untuk mendapatkan “house arrest”.

Najib yang hadir ke mahkamah dilaporkan diiringi pegawai penjara. Beliau kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula 23 Ogos 2022 selepas pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan pada Januari 2024.

Apa Itu Titah Adendum?

Secara umum, adendum merujuk kepada tambahan atau pelengkap kepada sesuatu dokumen utama.

Menurut peguam Yusfarizal Yusoff, adendum biasanya digunakan untuk memperjelaskan atau menambah syarat-syarat tertentu dalam perjanjian undang-undang.

Dalam konteks kes Datuk Seri Najib Razak, Titah Adendum dikatakan sebagai tambahan kepada titah utama Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ia memperincikan keputusan pengampunan terhadap Najib termasuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun serta pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Titah tambahan itu juga didakwa memperuntukkan bahawa Najib dibenarkan menjalani baki tempoh hukumannya di kediamannya dan bukan di penjara seperti kebiasaan.

Baca Artikel Berkaitan: Najib Razak Mohon Maaf, Nafi Subahat Seleweng Dana 1MDB

Baca Artikel Berkaitan: ‘Money Laundering’ & Seleweng RM2.3 Bilion Dana 1MDB, Mahkamah Tinggi Arah Najib Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd