Now Reading
Continental Laksana Penstrukturan, 950 Pekerja Terjejas Kilang Tayar Di Alor Setar Akan Ditutup

Continental Laksana Penstrukturan, 950 Pekerja Terjejas Kilang Tayar Di Alor Setar Akan Ditutup

Menerusi laporan, syarikat tayar terkenal Continental mengesahkan kilangnya di Alor Setar akan dihentikan operasinya hujung tahun ini selepas semakan strategi perniagaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penutupan sesebuah organisasi atau premis bukan lagi perkara asing, terutamanya apabila pihak pengurusan mula melihat tanda-tanda ketidaktentuan dalam potensi perniagaan mereka.

Keputusan ini biasanya dianggap sebagai langkah perlu bagi melindungi kelangsungan operasi syarikat di peringkat global atau serantau. Walaupun berat, syarikat perlu membuat pertimbangan strategik demi memastikan mereka kekal kompetitif dalam pasaran yang semakin mencabar.

Baru-baru ini, sebuah jenama tayar terkemuka di Malaysia iaitu Continental, mengumumkan bahawa mereka akan menutup salah satu kilangnya di Kedah, sekali gus memberi kesan besar kepada ratusan pekerja tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: GSC Berjaya Times Square Umum Bakal Henti Operasi 27 November Ini

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Go Shop ‘Tutup Kedai’, Ramai Kru Menangis Tahan Sebak Pada Hari Terakhir

Baca Artikel Berkaitan: Starbucks Malaysia Henti Operasi Sementara Di Beberapa Outlet, Nafi Tutup 100 Cawangan

Continental Tutup Kilang Tayar Di Alor Setar, 950 Pekerja Terjejas

Memetik laporan Berita Harian, Continental mengesahkan bahawa operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar akan dihentikan sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Kilang tersebut, yang menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan, dan motosikal bagi pasaran Asia-Pasifik, kini menggaji seramai 950 pekerja.

Dalam satu kenyataan rasmi, Continental menyatakan bahawa keutamaan syarikat kini adalah untuk membantu pekerja yang terjejas menerusi sokongan kaunseling kerjaya serta peluang penempatan kerja lain, sama ada dalam syarikat itu sendiri atau di luar.

Keputusan penutupan dibuat selepas semakan semula strategi perniagaan, bertujuan untuk melindungi daya saing dan menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan di rantau ini.

Continental turut menegaskan bahawa walaupun kilang di Alor Setar ditutup, Malaysia akan terus menjadi salah satu pasaran utama mereka di Asia-Pasifik.

Rangkaian pembuatan tayar mereka di rantau ini tetap kukuh, termasuk kilang di Petaling Jaya, Malaysia serta di China, Thailand, India, dan Sri Lanka.

Baca Artikel Berkaitan: “The End Of An Era” – Tyra Kamaruzzaman Sedih Perniagaan BeauTyra Dipercayai Terpaksa Dihentikan

Baca Artikel Berkaitan: GSC Bakal Tutup Lebih Banyak Panggung Wayang Tahun Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd