ZUS Coffee Sasar Buka 200 Cawangan Baharu Di Asia Tenggara, 6 Di Singapura
Selepas memasuki pasaran Filipina, Singapura dan Brunei, ZUS Coffee kini menyasarkan pembukaan kedai kopi tersebut di Indonesia dan Thailand pula.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terkenal dengan harga berpatutan dan pilihan minuman yang pelbagai, ZUS Coffee dilihat mula menjadi kegemaran orang ramai ketika ini. Bukan sahaja kopi, malah minuman berasaskan teh, buah-buahan, coklat dan banyak lagi.
Malah, ada juga di kalangan masyarakat yang menjadikan minuman popular di ZUS Coffee sebagai air ‘wajib’ mereka pada setiap pagi sebagai contoh Spanish Latte.
Hampir setiap bulan juga, jenama ini pasti mengeluarkan menu edisi baharu dan menarik. ZUS kini mengeluarkan dua jenis minuman buah-buahan iaitu Melon Jasmine Tea Frappe dan Honey Lemon Peach Frappe.
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Keluarkan Air Perisa Baharu Dalam Botol 1 Liter, Sesuai Diminum Ketika Lepak Moreh [Review]
ZUS Coffee Cadang Untuk Luaskan Pasaran Di Asia Tenggara
Terbaharu, pengusaha kedai kopi Zuspresso merancang untuk mengembangkan jenama ZUS Coffee di seluruh Asia Tenggara pada tahun ini dengan sasaran membuka hampir 200 kedai baharu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee Venon Tian, syarikat itu akan menambah sekurang-kurangnya 107 cawangan baharu di Malaysia dan kira-kira 80 di Filipina.
Memasuki pasaran Filipina pada 2023, ZUS Coffee kini sudah mempunyai lebih 120 cawangan di sana. Filipina juga merupakan negara luar pertama yang dijejaki ZUS.

Selain itu, ZUS Coffee juga akan memulakan operasi di enam lagi lokasi sekitar negara jiran, Singapura dalam pada mereka melancarkan kedai pertamanya di Thailand dan Indonesia pada tahun ini.
Warga Brunei pula tidak perlu lagi merentasi sempadan bagi mendapatkan minuman jenama ini. ZUS telah tembusi pasaran Brunei pada hujung tahun lalu dengan cawangan pertamanya di pusat membeli-belah, Setia Point.
ZUS Coffee Tampil Sebagai Rantaian Kopi Terbesar Di Malaysia
Menambat hati peminat dengan keunikan minumannya, ZUS Coffee telah mengatasi syarikat terkenal Starbucks pada awal tahun 2024 sebagai rangkaian kopi terbesar di Malaysia.
Lapor Malay Mail, terdapat 743 cawangan ZUS Coffee dalam negara berbanding Starbucks sejumlah 320 kedai.
Rantaian Amerika Syarikat (AS) ini mula merosot selepas pemboikotan besar-besaran terhadap jenama itu dilakukan sepanjang peperangan antara Palestin dan Israel berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Starbucks US Ugut Saman Pekerja & Cawangan Guna Logo Mirip Syarikat Ulas Isu Palestin

ZUS Coffee Mula Membangun Ketika Pandemik
Tian berkata ZUS meraih kejayaannya dalam bidang F&B melalui perisa minuman yang dibuat khas bagi menarik cita rasa tempatan dalam setiap pasaran yang dikendalikan.
Dari aspek kewangan, rantaian itu menunjukkan pertumbuhan pesat dengan pendapatan bersih meningkat tiga kali ganda kepada RM37 juta ringgit pada 2024.
Untuk info, ZUS bermula sebagai kiosk yang memfokuskan pada penghantaran kopi melalui aplikasinya tersendiri pada akhir 2019.

Perkara ini membuatkan orang ramai lebih memilih untuk membeli kopi dari jenama tersebut menerusi penghantaran dalam talian terutamanya semasa sekatan pandemik Covid-19 sedang dijalankan.
“Covid mempercepatkan model perniagaan kami. Ini mengenai cara kami membuat kopi berkualiti yang boleh diakses oleh kebanyakan orang,” tambah Tian.
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Perkenal Straw Baru, Tiada Lagi Penyedut Minuman Lembik Diperbuat Dari Beras
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Dapat Dana RM250 Juta, Luas Pasaran Ke Peringkat Global
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â