Now Reading
Dua Lelaki Didenda Tidak Lebih RM350 Lepas Cetus Kekecohan Di Pesta Songkran

Dua Lelaki Didenda Tidak Lebih RM350 Lepas Cetus Kekecohan Di Pesta Songkran

Dua lelaki dikenakan hukuman di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan selepas mengaku bersalah mencetuskan kekecohan semasa Pesta Songkran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia menyambut baik kehadiran pesta pelbagai budaya luar seperti Songkran yang mendapat tempat dalam kalangan rakyat. Namun, harus diingat bahawa garis panduan dan undang-undang perlu dipatuhi bagi menjaga ketenteraman awam.

Baru-baru ini, tular video pergaduhan yang berlaku di kawasan parkir luar pusat beli-belah 1 Utama semasa sambutan pesta air Songkran yang mencetuskan kebimbangan ramai.

Susulan kejadian, pihak polis telah menahan dua lelaki dan membawakan kes ke mahkamah sebelum masing-masing dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM350 atas kesalahan menyebabkan kacau ganggu awam.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Unsur Hiburan Melampau” – Umat Islam Dilarang Sertai Festival Songkran

Baca Artikel Berkaitan: Penang PAS Leader Schooled By Public After Claiming Songkran Is “Western Lifestyle”

Baca Artikel Berkaitan: Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Bukan Islam: JAKIM Jelas Sedang Muktamadkan Garis Panduan

Gaduh Di Tapak Pesta, Pertuduhan Dibuat Bawah Seksyen 268

Dua pekerja penyelenggaraan pendingin hawa menerima padah selepas didapati bersalah mencetuskan kekacauan ketika pesta air Songkran di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Kejadian itu yang tular di media sosial akhirnya membawa mereka ke Mahkamah Majistret di mana masing-masing dikenakan denda RM300 dan RM350.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu Ng Boo Sheng berumur 28 tahun dan Ch’ng Jin Wei berumur 27 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan dalam prosiding berasingan yang dijalankan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad serta Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara jika gagal membayar denda. Boo Sheng boleh dipenjara 10 hari manakala Jin Wei berisiko dipenjara 14 hari jika gagal melunaskan jumlah tersebut.

Peguam Rayu Hukuman Minimum

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki bujang itu didakwa bersama-sama melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan mudarat kepada orang awam dalam acara Pesta Songkran di Damansara pada jam 11 malam 20 April lalu.

Kesalahan tersebut dituduh mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 290 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM400 jika sabit kesalahan.

Peguam Boo Sheng iaitu Datuk Suraj Singh merayu hukuman minimum dengan alasan ini adalah kesalahan pertama tertuduh, tiada rekod jenayah lampau dan telah mengaku salah di peringkat awal. Malah katanya Boo Sheng juga mengalami kecederaan dan memerlukan jahitan di wajah.

Sementara itu peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Jin Wei merayu denda rendah kerana tertuduh kesal dengan perbuatannya, sudah direman tiga hari dan memohon maaf kepada semua pihak terlibat.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail dan Lim Leong Hui menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum.

Pengunjung Bergaduh Di Tapak Festival Songkran

Sebelum ini, satu video pergaduhan di kawasan parkir luar pusat beli-belah 1 Utama semasa sambutan Songkran menjadi tular sehingga menarik perhatian pihak polis.

Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far berkata walaupun tiada laporan rasmi diterima beliau mengarahkan Ketua Balai Polis Damansara untuk membuka kertas siasatan.

Dalam rakaman yang tersebar, beberapa kumpulan peserta dilihat bertelagah sambil membaling kerusi plastik dan penghadang.

Ada juga individu yang memegang objek tajam dipercayai buatan sendiri mencetuskan suasana kecoh di kawasan awam.

https://www.tiktok.com/@trpmsia/video/7495637739556097288?_r=1&_t=ZS-8viPIRQIEo4
Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pergaduhan Pesta Songkran Di 1 Utama, Polis Buka Kertas Siasatan

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Jafri Tegur Individu Ikut Trend ‘Poco Loco’, Dedah Ada Kaitan Dengan Upacara Ritual Orang Mexico

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pesta Songkran Batu Feringghi: Penganjur Ada Lesen Hiburan Tapi Tak Ikut Syarat – Exco Pulau Pinang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd