Now Reading
Kes Samun Taska Sabak Bernam: PDRM Lapor Dua Suspek Sudah Ditahan, Seorang Masih Bebas

Kes Samun Taska Sabak Bernam: PDRM Lapor Dua Suspek Sudah Ditahan, Seorang Masih Bebas

Ketua Polis Selangor melaporkan, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular satu kejadian samun di sebuah tadika di Sabak Bernam apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke dalam premis dan bertindak ganas terhadap guru yang sedang bertugas.

Tiga suspek terlibat dalam kejadian itu berjaya melarikan diri bersama-sama beberapa barangan berharga milik guru, termasuk rantai emas dan telefon bimbit, sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.

Namun baru-baru ini, pihak berkuasa memaklumkan bahawa dua daripada tiga pelaku telah berjaya diberkas dan kini dalam siasatan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Lelaki Berparang Samun Taska & Bertindak Tampar Guru Kini Diburu Polis

Baca Artikel Berkaitan: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

Dua Suspek Sudah Ditahan Di Dua Lokasi Berbeza

Menerusi laporan sidang media Polis Selangor di laman Facebook, dua daripada tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes samun berparang di sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, telah diberkas polis kelmarin (22 April).

Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan di sekitar Kelana Jaya dan Shah Alam.

Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Bezza dan sebilah parang sepanjang 72 sentimeter yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Tambah beliau, kedua-dua suspek didapati positif dadah serta memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun. Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Sumber: Facebook Polis Selangor

Tampar Guru, Larikan Barang Kemas & Telefon Bimbit

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 9.35 pagi pada Isnin (21 April) itu berlaku ketika dua guru dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kehadiran kanak-kanak. Sepuluh murid sudah berada dalam premis semasa kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Md Yusof Ahmad, tiga lelaki menaiki kereta Perodua Bezza telah meluru masuk ke taska bersenjatakan parang. Mereka melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik guru.

Salah seorang suspek turut bertindak menampar guru wanita tersebut dua kali sebelum melarikan diri. Tiada kanak-kanak yang cedera, namun guru berkenaan mengalami kerugian. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat

Polis kini sedang giat mengesan suspek terakhir yang terlibat. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes.

  • Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani – Talian 018-2510452
  • Atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Baca Artikel Berkaitan: “Mungkin Taktik Samun” – Dua Wanita Tenang Berdepan Detik Cemas ‘Drama Suami Isteri’ Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Didenda RM800 Lepas Tampar Wanita Sebab Bergaduh Isu Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Tegur Kita Yang Dimaki” – Aksi Pelanggan Merokok Di Premis Kedai Makan Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd