Now Reading
Singapore Tourism Board & AirAsia MOVE Cipta Kerjasama Untuk Tingkatkan Pelancongan Ke Singapura

Singapore Tourism Board & AirAsia MOVE Cipta Kerjasama Untuk Tingkatkan Pelancongan Ke Singapura

Kerjasama antara STB dan AirAsia MOVE ini bertujuan untuk mentransformasikan cara pelancong menemui dan menikmati pengalaman mereka di Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board, STB) dan AirAsia MOVE telah memeterai satu kerjasama strategik bagi memperkaya pengalaman pelancongan ke Singapura, khususnya dalam kalangan pasaran utama Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand.

Kerjasama ini telah dimuktamadkan melalui pemeteraian Surat Kerjasama (Letter of Cooperation, LOC) pada 17 April 2025 lalu.

Tawaran Pelancongan Menerusi AirAsia MOVE

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, pelancong dari Malaysia dan Thailand yang mencari percutian hujung minggu yang singkat boleh menantikan tawaran pelancongan menarik menerusi AirAsia MOVE.

Pakej istimewa ini merangkumi penerbangan, penginapan hotel serta akses kepada acara dan tarikan utama di Singapura — membolehkan percutian dirancang dengan mudah dan tanpa kerumitan.

Intipati kerjasama ini berteraskan komitmen STB dan MOVE untuk memanfaatkan data, teknologi serta kandungan bagi menyediakan pengalaman pelancongan yang lebih lancar, diperibadikan dan menarik.

Kempen bersama dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2025, dengan tumpuan kepada tarikan unik Singapura serta meningkatkan keterlihatan destinasi ini dalam kalangan pelancong serantau.

Menurut Juliana Kua, Penolong Ketua Eksekutif, Kumpulan Antarabangsa, Singapore Tourism Board, “Pelancong Asia Tenggara mempunyai keperluan dan minat yang pelbagai, dan ramai yang sudah mengenali Singapura. Untuk menarik mereka kembali atau meneroka lebih banyak, pendekatan yang diperibadikan dan berpandukan data amat penting.

“Justeru, kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan AirAsia MOVE bagi memanfaatkan kepakaran dan data mereka demi menyampaikan pengalaman pelancongan yang lebih baik dan membantu pelancong memaksimumkan masa mereka di Singapura.”

AirAsia MOVE Ingin Ke Arah Pertumbuhan Pelancongan Serantau Menerusi Kerjasama Strategik

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE turut berkata, “Kerjasama kami bersama Singapore Tourism Board memperkukuh komitmen AirAsia MOVE dalam memacu pertumbuhan pelancongan serantau melalui inovasi dan kerjasama strategik.

“Dengan memanfaatkan ekosistem digital dan cerapan pengguna kami, kami berhasrat meningkatkan kadar pertukaran serta keterlibatan, sambil memudahkan proses perancangan percutian ke Singapura.

“Usaha bersama ini membolehkan kami membuka peluang baharu dalam pasaran utama seperti Malaysia dan Thailand, dan memberikan nilai tambah kepada pelancong serta pihak berkepentingan industri pelancongan.”

Bakal Menonjolkan Pelbagai Tawaran Mesra-Muslim Di Singapura

Kerjasama antara STB dan AirAsia MOVE ini bertujuan untuk mentransformasikan cara pelancong menemui dan menikmati pengalaman mereka di Singapura.

Pelancong akan menerima cadangan yang diperibadikan daripada lokasi tumpuan popular hinggalah aktiviti berasaskan minat mereka  hasil cerapan data gabungan antara STB dan AirAsia MOVE mengenai pelbagai kumpulan pengguna.

Inisiatif ini juga akan menyerlahkan acara menarik, tempat wajib dikunjungi, serta pengalaman tempatan yang unik yang menjadikan Singapura sebuah destinasi istimewa memastikan setiap lawatan, sama ada pertama kali atau berulang, sentiasa membawa sesuatu yang baharu untuk diterokai.

Perancangan percutian kini lebih mudah apabila pelancong boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai acara, penginapan dan aktiviti di Singapura secara langsung melalui aplikasi AirAsia MOVE.

Lebih menarik, STB turut bekerjasama dengan AirAsia MOVE untuk memperkayakan pengalaman pelancong Muslim dengan menonjolkan pelbagai tawaran mesra Muslim yang tersedia di Singapura.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd