Produk Sijil Halal Indonesia Dikesan Miliki DNA Babi, JAKIM Arah Tarik Balik
Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia telah mengesan 11 batch daripada sembilan produk makanan yang mengandungi DNA babi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi umat Islam, menjadi tanggungjawab untuk memilih produk makanan yang halal dan bebas daripada unsur haram.
Perkara ini menjadi lebih mudah apabila wujudnya badan yang melakukan semakan bagi memastikan kehalalan suatu produk tersebut.
Pun begitu, kadangkala terdapat juga produk yang telah disahkan halal tetapi kemudiannya didapati mengandungi barang terlarang.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?
Baca Artikel Berkaitan: Kelantan Wajibkan Miliki Sijil Halal Untuk Renew Lesen Perniagaa
Baca Artikel Berkaitan: “Hati-Hati” – Individu Dakwa Tak Semua Makanan Dijual Peniaga Bertudung Di Hat Yai Halal
JAKIM Arah Tarik Balik Produk Indonesia Dikesan Ada DNA Babi
Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan arahan agar makanan yang mempunyai sijil halal di Indonesia yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) ditarik balik.
Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajudin Suhaimee, langkah pencegahan awal telah diambil oleh JAKIM dengan melaksanakan tindakan pemantauan segera bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mengesan jika terdapat produk berkenaan di pasaran tempatan.
JAKIM turut mengarahkan pihak-pihak pengimport yang terlibat agar segera menghubungi JAKIM menerusi e-mel ukkjakim@islam.gov.my dan menarik balik produk yang terbabit dari pasaran Malaysia.
Langkah Diambil Bagi Pelihara Integriti Pensijilan Halal Negara
Sirajudin menjelaskan bahawa langkah yang diambil sejajar dengan prinsip utama bagi memastikan hak pengguna Muslim terpelihara, di samping memastikan integriti sistem pensijilanan halal negara terpelihara dan diyakini.
“Justeru itu, JAKIM menyeru orang ramai untuk turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sekiranya menjumpai produk-produk tersebut di pasaran.
“Aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM melalui pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
“JAKIM amat komited dalam memastikan produk yang benar-benar mematuhi piawaian halal dibenarkan berada di pasaran, demi memelihara hak dan kepentingan pengguna Muslim di Malaysia,” katanya dipetik MalaysiaGazette.
11 Batch Daripada 9 Produk Makanan Dikesan Ada DNA Babi
Semalam (21 April), Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia mengumumkan beberapa produk yang disahkan halal didapati mengandungi DNA babi.
Sehubungan itu, penarikan balik produk makanan terbabit dari pasaran Indonesia telah dilakukan.
Sirajuddin berkata pihaknya menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Indonesia dalam menangani isu pelanggaran pematuhan pensijilan halal dan aspek keselamatan makanan.
Menurut siaran media rasmi BPJPH, pihaknya bersama BPOM menerusi analisis makmal telah mengenal pasti 11 batch daripada sembilan produk makanan yang dikesan mengandungi DNA babi.
“Daripada jumlah tersebut, sembilan batch daripada tujuh produk memiliki sijil halal, manakala dua batch daripada dua produk tidak memiliki sijil halal,” katanya.
Berdasarkan siaran media oleh BPJPH, berikut merupakan produk yang ditemui mengandungi DNA babi:
#1. Corniche Fluffy Jelly (Filipina) – Mempunyai sijil halal.

#2. Corniche Marshmallow Rasa Apel Bentuk Teddy (Filipina) – Mempunyai sijil halal.

#3. ChompChomp Car Mallow (China) – Mempunyai sijil halal.

#4. ChompChomp Flower Mallow (China) – Mempunyai sijil halal.

#5. ChompChomp Marshmallow Bentuk Tabung (Mini Marshmallow, China) – Mempunyai sijil halal.

#6. Hakiki Gelatin – Mempunyai sijil halal.

#7. Larbee-TYL Marshmallow Isi Selai Vanila (China) – Mempunyai sijil halal.

#8. AAA Marshmallow Rasa Jeruk (China) – Tidak mempunyai sijil halal.

#9. SWEETIME Marshmallow Rasa Coklat (China) – Tidak mempunyai sijil halal.

Istilah ‘Muslim Friendly’, ‘No Pork, No Alcohol’ Tak Bermakna Premis Halal
Bercakap mengenai isu halal, umat Islam diingatkan agar menyemak dahulu status halal sebelum makan di mana-mana kedai di dalam negara.
Di samping itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini pernah menegaskan bahawa istilah ‘No Pork, No Alcohol’ tidak bermakna premis terbabit halal.
Seperti yang dilaporkan pada awal tahun ini, satu restoran yang memaparkan pelekat ‘Muslim Kitchen’ telah diserbu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan didapati mempunyai menu daging babi.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kajang, Ruhaizad Zahari berkata, “Ingin saya nasihatkan mana-mana premis makanan yang tidak mempunyai persijilan halal, tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan atau hiasan seperti contoh bufet Ramadan menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam.”
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sijil Halal, KPDN Serbu Kedai Makan Papar Pelekat ‘Muslim Kitchen’ Untuk Tarik Pelanggan
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Umat Islam Tidak Boleh Kongsi Peti Sejuk Dan Microwave Yang Digunakan Bagi Makanan Tidak Halal?
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Lif Yang Berasingan Bagi Pengangkutan Barangan Halal Dan Tidak Halal Sebahagian Daripada Keperluan Oleh JAKIM?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.