Now Reading
3 Lelaki Berparang Samun Taska & Bertindak Tampar Guru Kini Diburu Polis

3 Lelaki Berparang Samun Taska & Bertindak Tampar Guru Kini Diburu Polis

Polis memaklumkan, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan dengan senjata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, taska merupakan sebuah tempat selamat bertujuan ibu bapa menghantar anak-anak untuk dijaga sementara mereka keluar bekerja. Kewujudannya di merata tempat memudahkan urusan ibu bapa mengurus hal-hal harian berkaitan anak-anak.

Namun, Taman Asuhan Kanak-Kanak di kawasan pekan kecil kebiasaannya merangkumi jumlah guru dan kakitangan yang lebih sedikit berbanding pra-sekolah di bandar.

Siapa sangka aspek ini dijadikan faktor golongan tidak bertanggungjawab untuk memecah masuk dan menyamun guru serta kakitangan sewaktu keberadaan kanak-kanak asuhan seperti yang berlaku di Sabak Bernam baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

Baca Artikel Berkaitan: “Mungkin Taktik Samun” – Dua Wanita Tenang Berdepan Detik Cemas ‘Drama Suami Isteri’ Raih Pujian

Samun Siap Berparang, Larikan Dua Utas Emas & Telefon Bimbit

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku kira-kira 9:35 pagi Isnin (21 April) itu bermula apabila dua guru dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska Jalan Tali Air 11.

Jumlah kanak-kanak yang sudah berada dalam premis dilaporkan seramai sepuluh orang murid.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam iaitu Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang tenaga pengajar memaklumkan disamun tiga lelaki yang menaiki kereta Perodua Bezza.

Menurut Md Yusof, kesemua suspek bersenjatakan parang dan meluru masuk ke dalam taska sebelum melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik guru.

“Salah seorang suspek bertindak agresif dengan menampar guru wanita itu dua kali di bahagian pipi kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Walau bagaimanapun beliau mengesahkan bahawa tiada kanak-kanak yang cedera, namun kedua-dua guru mengalami kerugian besar apabila telefon mereka berjaya dilarikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan dengan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta denda dan sebatan.

Tamparan Kerana Cincin Emas Sukar Dikeluarkan

Memetik laporan susulan Kosmo, guru wanita berkenaan ditampar kerana gagal mengeluarkan cincin emas dari jarinya.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditampar sebanyak dua kali hingga tersungkur, disaksikan oleh rakan guru, pembantu dapur dan sebahagian murid taska.

“Suspek yang panik cuba ambil cincin saya tapi gagal, lalu tampar pipi kiri saya. Bila saya berjaya buka cincin, saya campak ke lantai tapi suspek tak ambil dan terus lari,” katanya.

Guru terbabit turut meluahkan rasa trauma kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menghadapi kejadian seumpama itu.

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat

Polis kini sedang giat mengesan ketiga-tiga suspek yang terlibat. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes.

  • Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani – Talian 018-2510452
  • Atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Didenda RM800 Lepas Tampar Wanita Sebab Bergaduh Isu Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Tegur Kita Yang Dimaki” – Aksi Pelanggan Merokok Di Premis Kedai Makan Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd