LHDN: Pendaftaran Transfer Pricing & Tax Corporate Governance Seminar 2025 Kini Dibuka
Seminar ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan pengamal percukaian dan pihak berkepentingan mengenai isu-isu semasa serta perkembangan terkini berkaitan Transfer Pricing (TP) dan Tax Corporate Governance (TCG).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejajar dengan pelaksanaan garis panduan terkini berkaitan Harga Pindahan (Transfer Pricing) dan Tadbir Urus Percukaian (Tax Corporate Governance) yang telah dikeluarkan baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri (AIRA) akan menganjurkan Transfer Pricing & Tax Corporate Governance Seminar 2025.
Maklumat mengenai seminar seperti di bawah:

Untuk info, seminar ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan pengamal percukaian dan pihak berkepentingan mengenai isu-isu semasa serta perkembangan terkini berkaitan Transfer Pricing (TP) dan Tax Corporate Governance (TCG).
Peserta yang mengambil bahagian dalam seminar ini juga akan berpeluang untuk mengikuti tiga (3) sesi utama yang menyentuh aspek teknikal serta praktikal berkaitan TP dan TCG seperti yang berikut:
- Recent Transfer Pricing Changes: Impact to Malaysian Business.
- Challenges and Area of Improvement in the Preparation of Contemporaneous Transfer Pricing Documentation (CTPD).
- Tax Corporate Governance: Ensuring Compliance & Transparency.
Penganjuran seminar ini merupakan platform strategik serta membuka ruang komunikasi dua hala antara HASiL dan para peserta menerusi maklum balas serta cadangan berkaitan isu-isu percukaian terkini, mempraktikkan proses pematuhan cukai yang adil dan berkesan di Malaysia dan meningkatkan kepercayaan pemegang taruh ke atas organisasi berdasarkan sistem kawalan dalaman dan budaya tadbir urus yang baik.
Orang ramai khususnya pengamal percukaian dan pembayar cukai dijemput menyertai seminar ini dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.office.com/r/ssSr9RS4an.
NOTA: Tuntutan yuran penyertaan seminar boleh dibuat melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) tertakluk kepada syarat dan prosedur yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak urus setia Transfer Pricing & Tax Corporate Governance Seminar 2025 melalui e-mel seperti yang berikut:
- erliza@hasil.gov.my
- mohdhairishazwan@hasil.gov.my
- norshafiqah@hasil.gov.my
BACA JUGA: [Video] Tak Fail Cukai Pendapatan LHDN Boleh Kena Potongan CP38 Walaupun Dah Buat PCB
BACA JUGA: Ini 4 Sebab Kenapa Anda Akan Dihubungi LHDNM Walaupun Dah Buat e-Filing
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.