Now Reading
Paip Gas Yang Meletup Telah Ditemui, Siasatan Punca Kebakaran Di Putra Heights Hampir Selesai

Paip Gas Yang Meletup Telah Ditemui, Siasatan Punca Kebakaran Di Putra Heights Hampir Selesai

Menurut Ketua Polis Selangor, laporan awal hasil daripada siasatan di lokasi kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Awal April lalu, Malaysia dikejutkan dengan insiden letupan saluran gas yang berlaku di kawasan Putra Heights, Subang Jaya. Kejadian itu bukan sahaja mencetuskan kebimbangan awam, malah menarik perhatian pelbagai pihak berkaitan keselamatan dan infrastruktur.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah memulakan siasatan rapi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk kemungkinan wujudnya unsur kecuaian atau sabotaj. Proses siasatan turut melibatkan pelbagai agensi teknikal dan keselamatan.

Susulan perkembangan terkini, pihak polis memaklumkan bahawa paip yang menjadi punca letupan telah pun dikenal pasti dan kini sedang menjalani analisis forensik.

Baca Artikel Berkaitan: Letupan Gas Putra Heights – Harga Bidaan Rumah Mewah RM6.7 Juta Berdekatan Lokasi Dibuka Bermula RM3.33 Juta

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Jadi Punca

Siasatan Punca Letupan Hampir Selesai

Memetik laporan Berita Harian, siasatan kes letupan gas di Putra Heights hampir selesai selepas pasukan forensik menemui paip yang dipercayai menjadi punca kejadian.

“Kita sudah menemukan paip yang meletup,” kata Ketua Polis Selangor. Laporan awal siasatan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights dijangka akan diperoleh pada minggu hadapan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan ketika ini hampir selesai dan pihaknya sedang melengkapkan keseluruhan laporan.

Menurut beliau, siasatan masih dijalankan dari sudut kemungkinan berlakunya kecuaian atau unsur khianat, manakala siasatan teknikal turut dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi, kita akan keluarkan laporan awal iaitu hasil dapatan di lokasi kejadian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang.

“Kita sudah menemukan paip yang meletup dan sekarang dalam kajian forensik oleh polis serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” tambah beliau lagi.

Bekalan Gas Putra Heights Pulih Seawal 1 Julai

Sebelum ini, Bernama melaporkan Petronas Gas Bhd (PGB) menjangkakan pemulihan bekalan gas di Putra Heights, Subang Jaya boleh dilakukan seawal 1 Julai ini, tertakluk kepada hasil siasatan berterusan, kelulusan kawal selia dan kemajuan sebenar di tapak.

PGB dalam satu kenyataan berkata, mereka kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pembeli gas dan pengedar untuk menyambung semula perkhidmatan saluran paip di kawasan yang terjejas.

Selain itu, kapasiti bekalan gas dari utara ke beberapa kawasan termasuk Bestari Jaya, Meru dan Kapar kini telah meningkat, dengan bantuan bekalan tambahan daripada sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kebakaran Paip Gas Putra Heights: CIDB Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Selepas Dedah Siasatan Awal

Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd