Now Reading
“Saya Fikir Saya Dah Tiada” – Tun M Sebak Buka Kapsul Masa Menara KL

“Saya Fikir Saya Dah Tiada” – Tun M Sebak Buka Kapsul Masa Menara KL

Kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam di Menara Kuala Lumpur itu telah dibuka selepas 28 tahun disimpan sejak 1 Oktober 1996.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama Tun Dr Mahathir Mohamad pasti terpahat dalam memori rata-rata rakyat Malaysia yang menanam rasa patriotik dalam jiwa.

Beliau yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali dikenali masyarakat merentasi generasi atas segala pencapaiannya yang berjaya membawa negara ke mata dunia.

Salah satunya adalah pembinaan Menara Kuala Lumpur yang dirasmikan pada tahun 1996 di bawah tampuk pemerintahannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jasa Tun Besar, Buat Apa Nak Beli” – Peniaga Bazar Belanja Tun Mahathir Buat Ramai Teruja

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Walaupun Sudah Berusia 99 Tahun, Kereta Dipandu Tun Dr Mahathir Cecah 150km/j Di Litar Sepang

Tun M Buka Kapsul Masa Wawasan 2020 Di Menara Kuala Lumpur

Semalam (13 April), Dr Mahathir sekali lagi mencipta sejarah apabila membuka kapsul masa Wawasan 2020 yang terletak di Menara Kuala Lumpur.

Kapsul masa yang ditanam pada 1 Oktober 1996 sempena perasmian menara itu kini berusia 28 tahun dan sepatutnya dibuka pada tahun 2020 yang lalu.

Menurut laporan media, kapsul masa tersebut mengandungi pelbagai barangan terpilih yang pastinya menimbulkan perasaan nostalgia.

Hampir Cecah Umur 100 Tahun, Tun M Tak Sangka Dapat Buka Kapsul Masa

Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 negara yang bakal mencecah umur 100 tahun itu tidak menyangka masih berpeluang untuk membuka kapsul masa Wawasan 2020 terbabit, katanya di sidang media.

“Saya tidak harap langsung untuk saya buka kapsul masa ini dan melihat pembukaannya kerana saya memikirkan saya sudah tidak ada. Tetapi saya masih dapat melihat dan berusaha membuka kapsul ini dan membaca isi kandungan kapsul.

“Ini yang membuatkan saya rasa beryukur yang teramat sangat,” katanya dalam nada sebak dipetik Utusan Malaysia.

Tun M Baca Sajak Yang Dikarang Sendiri Pada 1996

Dalam masa sama, Dr Mahathir turut membaca sebuah sajak patriotik yang disimpan di dalam kapsul sama dan telah dikarang olehnya sendiri pada 4 Mei 1996 sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan UMNO.

“Hampir 30 tahun dulu saya masukkan segalanya dalam kapsul ini dan zaman itu pun saya sudah berusia 70 tahun, mana nak tahu saya masih ada di waktu ini.

“Saya sebak dan bersyukur kerana masih dapat membaca sajak supaya anak Malaysia terus berjuang untuk bangunkan negara,” ujarnya.

Beliau berkata kenyataan media dan sajak tersebut antara barang-barang yang menggamit memorinya.

Tun M Puji Pengurusan Menara Kuala Lumpur

Dr Mahathir turut mengambil kesempatan untuk memuji pengurusan Menara Kuala Lumpur atas pentadbirannya dan kerana berjaya untuk terus menjadi simbol pencapaian negara sejak pembinaannya.

“Saya harap menara ini terus menjadi simbol tahap kemajuan negara. Masa menara ini didirikan, belum ada bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Tapi sekarang, Kuala Lumpur sudah seperti New York, penuh bangunan tinggi.

“InsyaAllah, saya harap Kuala Lumpur terus berkembang sebagai pusat metropolitan yang menjadi lokasi aktiviti ekonomi, politik dan sosial serta menyumbang kepada dunia,” katanya.

Orang Ramai Terharu Lihat Tun M Buka Kapsul Masa

Satu video dimuat naik di TikTok (@budakparlimen) yang menyaksikan keadaan di sekitar pembukaan kapsul masa Wawasan 2020 oleh Dr Mahathir menyebabkan orang ramai berasa terharu.

Tidak kurang juga yang berkongsi perasaan amat berbangga dengan Dr Mahathir atas segala pencapaiannya termasuklah ketika Down Raid dan Krisis Kewangan Asia.

Seorang individu berkata nama Dr Mahathir menjadi buah mulut apabila dia ke luar negara memakai jaket dengan logo Malaysia.

Tonton video penuh [DI SINI].

Apa Yang Ada Dalam Kapsul Masa Dibuka Oleh Tun M?

Menerusi beberapa hantaran video dan laporan media, Dr Mahathir dilihat mengeluarkan barang-barang daripada kapsul masa berkenaan.

Antara barangan tersebut termasuklah:

  • Wang kertas RM2
  • Poster Menara Kuala Lumpur
  • Gambar pembinaan Menara Kuala Lumpur
  • Cakera pada video (VCD)
  • Keratan akhbar tertera gambar Menara Kuala Lumpur
  • Kenyataan media
  • Kad pengenalan
  • Telefon
  • Pemegang pen (pen holder)
  • Sajak karangan Dr Mahathir
Sumber gambar: @maliqueredzuan/ X

Baca Artikel Berkaitan: Tun Mahathir Perjelas Kerajaan Ketika Ini Adalah Kerajaan Gabungan, Bukan Perpaduan

Baca Artikel Berkaitan: PRU15: Calon Termuda Bertanding Berusia 23 Tahun & Mahathir Kekal Paling ‘Senior’

Baca Artikel Berkaitan: Johor Negeri Pertama Tandatangani Perjanjian MacMicheal, Serah Negeri Kepada British – Tun Mahathir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd