Now Reading
Ini Senarai Jalan Yang Ditutup Pada 15 Hingga 17 April Sempena Kedatangan Presiden China

Ini Senarai Jalan Yang Ditutup Pada 15 Hingga 17 April Sempena Kedatangan Presiden China

Menurut Pengarah JSPT, penutupan penuh atau lencongan jalan di lokasi terbabit akan dilakukan sekitar 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada delegasi Presiden China.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kedatangan pemimpin luar ke dalam negara bukanlah sesuatu yang aneh memandangkan wujudnya hubungan diplomatik antara kedua-dua belah pihak.

Dalam menyambut kedatangan delegasi terbabit, banyak persiapan yang perlu dilakukan terutamanya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Salah satu langkah yang sering diambil oleh kerajaan adalah dengan menutup jalan yang bakal digunakan oleh delegasi tetamu atau pemimpin berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: YDPA Sultan Ibrahim Kurnia Darjah Kerabat Johor Pada Presiden Indonesia Prabowo

Beberapa Jalan Utama Ditutup Sempena Lawatan Presiden China

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia mengumumkan penutupan penuh dan lencongan jalan di beberapa jalan utama dalam negara.

Beberapa laluan akan ditutup dari 15 hingga 17 April sempena lawatan Presiden China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping ke Malaysia.

Menerusi kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sebanyak 17 jalan utama dan lebuh raya terutama di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan kawasan sekitarnya yang terlibat dengan penutup tersebut.

Penutupan Penuh/ Lencongan Jalan Sekitar 30-45 Minit

Pengarah JSPT Datuk Seri Mohd Yusri Mohd Yusri Haji Hassan Basri berkata penutupan penuh atau lencongan jalan akan dilakukan sekitar 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada delegasi Presiden China.

Tambahnya lagi, laluan akan dibuka semula setelah delegasi telah melaluinya.

Kenyataan itu dalam masa sama memaklumkan bahawa sekitar 378 Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis akan ditugaskan bagi mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Senarai Laluan Yang Akan Ditutup Dari 15-17 April

Berikut merupakan jalan serta lebuh raya yang bakal terkesan dengan penutupan penuh dan lencongan mulai esok.

15 April 2025 (Selasa), 6.00 Petang:
  • Lebuhraya KLIA
  • Lebuhraya ELITE
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Persiaran Selatan, Putrajaya
  • Lebuh Gemilang, Putrajaya
  • Jalan P5, Putrajaya
16 April 2025 (Rabu), 9.30 Pagi:
  • Jalan P5, Putrajaya
  • Lebuh Gemilang, Putrajaya
  • Persiaran Selatan, Putrajaya
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuhraya MEX
  • Lebuhraya KESAS
  • Lebuhraya SPE
  • Lebuhraya SUKE
  • Lebuhraya NPE
  • SMART Tunnel
  • Lebuhraya KL-Seremban
  • Jalan Istana, Kuala Lumpur
  • Jalan Damansara, Kuala Lumpur
  • Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
  • Jalan Sultan Iskandar, Kuala Lumpur
16 April 2025 (Rabu), 12.30 Tengahari:
  • Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
  • Jalan Sultan Iskandar, Kuala Lumpur
  • Jalan Damansara, Kuala Lumpur
  • Jalan Istana, Kuala Lumpur
  • Lebuhraya KL-Seremban
  • Lebuhraya NPE
  • Lebuhraya SUKE
  • Lebuhraya SPE
  • Lebuhraya KESAS
  • Lebuhraya MEX
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Persiaran Selatan, Putrajaya
  • Lebuh Gemilang, Putrajaya
  • Jalan P5, Putrajaya
16 April 2025 (Rabu), 4.10 Petang:
  • Jalan P5, Putrajaya
  • Lebuh Gemilang, Putrajaya
  • Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
  • Lebuh Sentosa, Putrajaya
  • Lebuh Perdana Barat, Putrajaya
  • Persiaran Seri Perdana, Putrajaya
16 April 2025 (Rabu), 6.30 Petang:
  • Persiaran Seri Perdana, Putrajaya
  • Lebuh Perdana Barat, Putrajaya
  • Lebuh Sentosa, Putrajaya
  • Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
  • Lebuh Gemilang, Putrajaya
  • Jalan P5, Putrajaya
17 April 2025 (Khamis), 8.50 Pagi:
  • Jalan P5, Putrajaya
  • Lebuh Gemilang, Putrajaya
  • Persiaran Selatan, Putrajaya
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuhraya ELITE
  • Lebuhraya KLIA
Sumber: JSPT

Pengguna Jalan Raya Diminta Rancang Pergerakan, Elak Laluan Ditutup

Sehubungan itu, Mohd Yusri menyeru semua pengguna jalan raya supaya mengelakkan daripada melalui laluan-laluan terlibat pada waktu yang dinyatakan.

Orang ramai diminta agar merancang pergerakan dan mematuhi arahan oleh pihak berkuasa yang bertugas di lapangan.

“Terima kasih di atas kerjasama semua pengguna jalan raya yang cakna dengan arahan semasa petugas-petugas di lapangan yang bersama-sama membantu sepanjang tindakan ini dijalankan,” katanya.

Latihan Penutupan Jalan Dilakukan Pada 12 April Lalu

Pada 12 April lalu, pihak polis telah menutup laluan keluar ke Putrajaya di Lebuhraya MEX. Menurut pengguna media sosial, lebuhraya itu juga tidak dapat dimasuki menerusi Equine Park.

Difahamkan ia merupakan sebahagian daripada latihan yang dijalankan bagi menerima kunjungan Presiden China pada 15 April ini.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna jalan raya yang meminta agar penutupan laluan dimaklumkan terlebih dahulu agar mereka dapat merancang pergerakan, sekaligus mengelak laluan yang terkesan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ambulans Ditahan Sebab Nak Beri Laluan Untuk ‘VIP’ Undang Kemarahan Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Speeding VIP Escort Vehicle Crashes Into Car On PLUS Highway


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd