Malaysia Terkecuali Daripada Senarai 14 Negara Dikenakan Larangan Visa Sementara Arab Saudi
Jemaah dari Malaysia juga terkecuali daripada menjadi antara lebih 18,000 individu ditahan Kerajaan Arab Saudi atas kesalahan pelanggaran undang-undang imigresen, buruh dan keselamatan sempadan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menunaikan ibadah haji yang merupakan Rukun Islam terakhir adalah impian setiap daripada mereka yang bergelar Muslim.
Untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah ketika musim Haji, jemaah diwajibkan memohon visa daripada Kerajaan Arab Saudi.
Kerajaan negara itu juga akan menetapkan kuota tertentu bagi setiap negara agar tidak berlakunya kesesakan yang melampau.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Jadi Negara Pertama Tahun Ini Terima Visa Haji Dari Arab Saudi
Baca Artikel Berkaitan: Operasi Haji Bagi Jemaah Malaysia Lebih Cemerlang Pada Tahun Ini Berbanding 2023 – Menteri
Baca Artikel Berkaitan: Tabung Haji Jadi Contoh Buat Thailand Untuk Wujudkan Simpanan Bagi Bakal Jemaah
Malaysia Terkecuali Daripada Larangan Visa Sementara Arab Saudi
Terbaharu, Kerajaan Arab Saudi telah mengenakan larangan visa sementara ke atas 14 buah negara.
Pun begitu, Malaysia terkecuali daripada senarai tersebut disebabkan oleh kepatuhan jemaah pada peraturan yang ditetapkan Arab Saudi, serta sikap disiplin ketika menunaikan umrah dan haji.
Menurut laporan Berita Harian, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang menjadi antara lebih 18,000 individu ditahan kerajaan itu atas kesalahan pelanggaran undang-undang imigresen, buruh dan keselamatan sempadan baru-baru ini.
Tiada Aduan Rasmi Oleh Arab Saudi Tentang Kesalahan Pelanggaran Undang-Undang Jemaah Malaysia
Mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tiada aduan rasmi yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi berkenaan kesalahan pelanggaran undang-undang terbabit oleh jemaah Malaysia.
“Pertamanya, saya nak sebut disini bahawa setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan secara rasmi pembabitan jemaah haji Malaysia (melakukan kesalahan) pada tahun lepas atau tahun sebelum itu.
“Malah ini membuktikan bahawa negara kita juga tidak terbabit dalam sebahagian daripada 14 negara yang disenarai hitam atau larangan visa sementara (umrah) oleh Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini disebabkan rakyat mereka sering melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tinggal lebih masa atau ‘overstay’ sehingga menyebabkan ditahan pihak berkuasa negara itu.
“Jadi berdasarkan fakta dan statistik yang Kerajaan Arab Saudi ada itu, maka mereka ambil keputusan untuk menyenaraihitamkan 14 negara itu dan Alhamdulillah, kita tidak ada terlibat,” katanya.
Menteri Haji & Umrah Arab Saudi Puji Disiplin Jemaah Malaysia
Tambah Mohd Na’im, para jemaah dari Malaysia sering diingatkan agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Malah, dalam pertemuan saya dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, sebelum ini juga mereka kerap memuji disiplin jemaah haji Malaysia. Jadi kita harapkan jemaah haji pada tahun ini akan terus kekalkan prestasi pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yg sudah ditetapkan oleh negara itu.
“Macam saya sebut, rakyat Malaysia terkenal sebagai rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang apatah lagi dalam konteks kita melakukan ibadah haji dan umrah, kita nak buat kebaikan di sana (Makkah) dan sebahagian daripada kebaikan kita nak lakukan ibadah itu, janganlah pula kita langgar peraturan yang ditetapkan.
“Jadi kita kena imbangkan kepada keperluan untuk melakukan ibadah dan dalam masa yang sama kita patuhi peraturan yang ada dan setiap negara ada peraturan jadi Kerajaan Arab Saudi ada tanggungjawab dia sebab itu dia letakkan peraturan itu,” katanya dipetik Berita Harian.
14 Negara Dikenakan Larangan Visa Sementara Oleh Arab Saudi
Untuk info, Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan larangan visa sementara kepada 14 negara termasuklah negara jiran, Indonesia. Negara lain yang terlibat dengan larangan itu ialah:
- Algeria
- Bangladesh
- Ethiopia
- India
- Iraq
- Jordan
- Morocco
- Mesir
- Nigeria
- Pakistan
- Sudan
- Tunisia
- Yaman
Larangan sementara tersebut dikenakan oleh kerajaan negara itu bagi membantu kawalan perjalanan ketika musim haji dan memastikan keselamatan terkawal.
Dalam masa sama, sebanyak 18,407 individu dari pelbagai negara turut ditahan oleh kerajaannya dalam tempoh seminggu lalu akibat pelanggaran undang-undang imigresen, buruh dan keselamatan sempadan.
Untuk info, hampir 1,200 jemaah, majoritinya tanpa visa meninggal dunia di tanah suci pada tahun lalu disebabkan oleh masalah kesesakan dan kepanasan melampau.
Baca Artikel Berkaitan: Majoriti Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Mekah Tanpa Visa Sah
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Tips Untuk Bakal Jemaah Haji. #8 Paling Penting
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Hukum Utamakan Hobi Daripada Pergi Haji Bagi Golongan Berkemampuan? Ini Penjelasan UAI
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â