Now Reading
Kebakaran Putra Heights: Sumbangan Solidariti Penjawat Awam Selangor Menerusi Potongan Gaji Bulanan

Kebakaran Putra Heights: Sumbangan Solidariti Penjawat Awam Selangor Menerusi Potongan Gaji Bulanan

Sumbangan bagi mangsa Putra Heights yang dikumpul menerusi potongan gaji penjawat awam berpangkat tinggi di Selangor dianggarkan sebanyak RM102,050.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor sehingga menyebabkan ‘ground zero’ sudah tentu masih segar dalam ingatan orang ramai.

Kejadian yang berlaku pada 2 Syawal itu telah menyebabkan kerugian besar apabila sebanyak 237 rumah kediaman, 88 bangunan dan 331 kenderaan persendirian mengalami kerosakan teruk disebabkan haba terlalu panas.

Sehubungan itu, banyak pihak telah tampil memberi bantuan kewangan kepada mangsa yang terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Putra Heights: Penduduk Terjun Ke Sungai Kerana Bahang Api Terlalu Panas

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Sebabkan Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights

Baca Artikel Berkaitan: Letupan Gas Putra Heights – Harga Bidaan Rumah Mewah RM6.7 Juta Berdekatan Lokasi Dibuka Bermula RM3.33 Juta

MB Selangor Umum Sumbangan Solidariti Oleh Penjawat Awam Negeri

Terbaharu, kerajaan Selangor juga tidak terkecuali daripada menyumbangkan wang ringgit kepada mangsa apabila Menteri Besar Amirudin Shari mengumumkan sumbangan solidariti oleh penjawat awam berpangkat tinggi di negeri itu.

Beliau berkata sumbangan tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban kepada mangsa kebakaran di Putra Heights dan sebagai tanda bersolidariti dengan mangsa insiden.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan sumbangan akan dikumpul menerusi potongan gaji anggota pentadbiran awam bagi bulan ini.

Malah, potongan terbabit dilakukan setelah mereka diberi bonus tambahan oleh kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Jumlah Sumbangan Solidariti Dianggar RM102,050

Golongan penjawat awam yang terlibat dengan sumbangan solidariti terbabit serta jumlah yang akan disumbangkan setiap seorang adalah seperti berikut:

  • Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan pegawai atasan – RM1,000
  • Ahli Dewan Negeri – RM200
  • Ahli Majlis – RM100
  • Pegawai pentadbiran awam Gred 48 ke atas – RM50

Tambah Amirudin, keseluruhan sumbangan oleh anggota pentadbiran awam ini dianggarkan sebanyak RM102,050.

“Jumlah ini diharapkan dapat membantu meringankan beban dan keadaan semua mangsa yang sedang dalam proses kembali ke kehidupan masing-masing,” ujarnya.

Kerajaan Beri Bantuan Segera Pada Mangsa Terkesan

Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights itu telah mendapat perhatian banyak pihak memandangkan ia telah menyebabkan kemusnahan besar kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan bantuan tunai segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah dengan kediaman musnah sepenuhnya dan RM2,500 yang terjejas sebahagian.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula mengumumkan bantuan RM1,000 kepada murid yang terlibat dengan kebakaran di Putra Heights itu.

Di samping itu, parti politik DAP telah melakukan kutipan dana daripada orang awam yang mencecah RM883,134 setakan 4 petang Selasa (8 April).

Banyak Syarikat Terkemuka Tampil Beri Bantuan

Syarikat swasta juga tidak terkecuali daripada mengemukakan bantuan seperti syarikat automotif Chery Malaysia yang menyediakan 50 buah kereta untuk digunakan oleh mangsa kebakaran selama satu bulan.

Chery Malaysia juga menyumbang RM50,000 kepada Masjid Putra Heights yang menjadi Pusat Penempatan Sementara.

Selain itu, Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) turut menyumbangkan bantuan kewangan sejumlah RM100,000 sebagai tanda solidariti kepada mangsa terjejas.

Lain-lain syarikat terkemuka yang turut mengemukakan sumbangan adalah:

  • Berjaya Corporation – Sumbangan berjumlah hampir RM1 juta bagi 300 keluarga terkesan.
  • Panasonic Malaysia – Sumbangan e-voucher RM120,000 kepada 240 keluarga terkesan.
  • QSR Brands – Mengagihkan 500 set KFC dan 300 set Pizza Hut.
  • Zus Coffee – Sumbangan 400 botol Buttercreme dan Kopitiam Latte.
  • Tan Chong Motor Holdings (TCMH) dan Warisan TC Holdings (WTCH) – Menyediakan 30 kenderaan Nissan, GAC Motor, dan Renault sebagai pinjaman.
  • Carro – Sumbangan 30 kenderaan bagi kegunaan sementara.

Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights

Baca Artikel Berkaitan: DAP Relief Fund Hits RM883K For Putra Heights Fire Victims In Just One Week

Baca Artikel Berkaitan: Projek Pembinaan Berhampiran Lokasi Kebakaran Paip Gas Putra Heights Ada Kelulusan – Datuk Bandar Subang Jaya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd