Now Reading
“Ada Unsur Hiburan Melampau” – Umat Islam Dilarang Sertai Festival Songkran

“Ada Unsur Hiburan Melampau” – Umat Islam Dilarang Sertai Festival Songkran

Menurut Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman, festival Songkran adalah melibatkan percampuran bebas di kalangan lelaki dan perempuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, pelbagai trend dan festival yang diperkenal dan dijalankan pada setiap tahun. Namun kadangkala, segelintir umat Islam terlepas pandang tentang hukum hakamnya.

Seperti sebelum ini, pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi menegur para Muslim yang mengikuti ‘Trend Poco Loco’ di media sosial.

Menurut beliau, trend yang melibatkan individu bersolek menyerupai tengkorak itu berkait rapat dengan upacara ritual rakyat Mexico yang dipanggil sebagai ‘The Day of The Dead’.

Mengikut kepercayaan mereka, upacara ritual yang dianjurkan setiap 1 atau 2 November tersebut merupakan hari di mana ‘dunia’ orang yang sudah meninggal dunia akan bertemu dengan manusia yang masih hidup di muka bumi.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Jafri Tegur Individu Ikut Trend ‘Poco Loco’, Dedah Ada Kaitan Dengan Upacara Ritual Orang Mexico

Festival Songkran Ada Unsur Ritual Agama Buddha

Terbaharu, tular pula festival Songkran yang mula mendapat perhatian rakyat tempatan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman memaklumkan bahawa semua umat Islam dilarang sama sekali untuk menyertai festival Songkran sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menurut beliau, festival tersebut yang disambut oleh masyarakat Thai merupakan perayaan tahun baru yang kaya dengan unsur budaya serta ritual keagamaan Buddha.

Tambah Mohd Sukki, antara amalan yang dilakukan oleh penganut semasa festival itu berlangsung adalah memandikan patung Buddha, menyimbah air sebagai simbol penyucian diri dan memberi penghormatan kepada sami-sami.

“Berdasarkan penelitian terhadap kandungan dan latar belakang festival ini, umat Islam adalah dilarang untuk mengambil bahagian dalam festival Songkran, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” kata beliau.

Sumber: Aleenta

Muslim Dilarang Menyerupai Upacara Agama Lain

Tambah Mufti berkenaan, larangan terbabit berdasarkan kepada kaedah dan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka (Riwayat Abu Daud).

Mengulas lanjut, Mohd Sukki berkata mana-mana bentuk perayaan yang menyerupai agama lain termasuk dengan alasan budaya atau hiburan, adalah tidak dibenarkan.

Hal ini kerana ia boleh membawa kepada kekeliruan akidah seseorang serta mencemarkan identiti Islam itu sendiri.

“Festival ini juga sering disertai dengan unsur hiburan melampau, percampuran bebas lelaki dan perempuan, serta pakaian yang tidak menutup aurat dan semua ini jelas bertentangan dengan syariat Islam.

“Justeru, umat Islam diingatkan agar tidak terlibat atau menyertai sebarang bentuk penganjuran, promosi atau kehadiran ke acara Songkran, sebaliknya, isilah masa dengan aktiviti bermanfaat yang selari dengan nilai Islam,” ulas beliau.

Sumber: Accidental Travel

Festival Songkran Bakal Dianjur Di Kelantan & Banyak Lagi

Untuk info, Songkran merupakan upacara tradisi yang disambut dengan keluarga bagi menghormati  warga tua dan nenek moyang di kuil, serta melaksanakan ritual keagamaan bagi patung Buddha.

Fesival terbabit disambut setiap tahun selama tiga hari mulai 12 April untuk menandakan permulaan Tahun Baharu Thailand.

Memetik Sinar Harian, ribuan rakyat Malaysia dijangka akan memasuki negar jiran tersebut bagi menyambut festival besar-besaran itu. Ia bukan sahaja dianjurkan di sana, malah Songkran akan turut diadakan di beberapa negeri di Malaysia termasuklah Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang pada Sabtu ini.

Sebelum ini, PAS Pulau Pinang membantah penganjuran program Sonic Splash Songkran Music Beach anjuran Ferringi Heart Beach Club Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, program itu jelas mempromosikan acara yang mencolok mata.

“Rentetan daripada gaya hidup yang berkiblatkan Barat ini akan menghasilkan kebobrokan nilai dalam masyarakat,” tambah Muhammad Fawwaz.

Baca Artikel Berkaitan: Penang PAS Leader Schooled By Public After Claiming Songkran Is “Western Lifestyle”

Baca Artikel Berkaitan: Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Bukan Islam: JAKIM Jelas Sedang Muktamadkan Garis Panduan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd