Now Reading
Pengguna Instagram Bawah 16 Tahun Perlu Izin Ibu Bapa Untuk Buat ‘Live’ – Meta

Pengguna Instagram Bawah 16 Tahun Perlu Izin Ibu Bapa Untuk Buat ‘Live’ – Meta

Menurut Meta, penambahan ciri keselamatan di Instagram itu selari dengan langkah kebanyakan negara yang mengehadkan penggunaan media sosial untuk umur tertentu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menggunakan media sosial mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Secara umumnya, platform ini mampu mendedahkan individu terhadap banyak info dan maklumat dari dalam dan luar negara dengan hanya satu klik sahaja.

Namun jika tidak digunakan dengan betul, pelbagai impaknya kepada diri sendiri sebagai contoh data peribadi bocor, terpengaruh dengan konten tidak senonoh dan tekanan dari rakan sebaya yang akhirnya membawa kepada masalah kesihatan mental.

Oleh disebabkan itu, banyak media sosial kini yang telah memperketatkan penggunaannya bagi golongan umur tertentu.

Ciri Teen Accounts Di IG Diperketat Untuk Kegunaan Pengguna Remaja

Terbaharu, syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Meta yang memiliki Facebook (FB) dan Instagram (IG) mengumumkan bahawa pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan ciri siaran langsung (Live) tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Dalam masa sama, Meta memaklumkan bahawa melalui kemas kini pada ciri Akaun Remaja atau ‘Teen Accounts’ di Instagram, pengguna daripada lingkungan umur itu juga tidak lagi boleh mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi (DM).

“Kami tahu ibu bapa bimbang jika orang yang tidak dikenali menghubungi anak mereka atau berhubungan dengannya. Sebagai tambahan kepada perlindungan terbina sedia ada yang ditawarkan oleh Teen Accounts, kami menambah sekatan baharu untuk Instagram Live dan imej yang tidak diingini dalam DM.

“Dengan perubahan ini, remaja di bawah 16 tahun akan dilarang daripada bersiaran secara langsung melainkan ibu bapa mereka memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

“Kami juga memerlukan remaja bawah 16 tahun untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk mematikan ciri kami yang mengaburkan imej disyaki mengandungi unsur bogel dalam DM,” kata Meta.

Sumber: Meta

Ciri Keselamatan Baru Diperluas Ke Facebook & FB Messenger

Mengulas lanjut, kemas kini ini akan diuji di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kanada dan Australia terlebih dahulu dalam beberapa bulan akan datang.

Sekadar info, ciri keselamatan Teen Accounts ini juga diperluas ke platform Facebook dan Messenger.

Ciri Teen Accounts Hadkan Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan Anak

Untuk pengetahuan semua, Ciri Teen Accounts mula diperkenalkan pada September 2024 bagi mengehadkan akses penggunaan platform itu oleh golongan remaja selain meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

Langkah terbabit juga dikatakan selari dengan usaha kebanyakan negara yang mengehadkan atau mengharamkan penggunaan media sosial di bawah usia tertentu termasuklah di Malaysia.

Sumber: Pexels

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang menegaskan bahawa anak di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan untuk memiliki sebarang akaun media sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga akan bertindak menutup mana-mana akaun media sosial yang didapati tidak mematuhi garis panduan had umur.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil

Ia juga adalah insiatif baik susulan pelbagai kajian yang menunjukkan kesan buruk penggunaan media sosial terhadap perkembangan mental golongan muda.

Komen Negatif Di Media Sosial Mampu Sebabkan Depresi

Terdahulu, Pakar Psikologi Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Jessica Ong Hai Liaw bersetuju bahawa penggunaan media sosial boleh mengundang kepada risiko kesihatan mental.

Jelas beliau, pandangan berunsur negatif yang dilontarkan oleh netizen kepada mana-mana pihak mampu memberi kesan terhadap emosi dan keperibadian seseorang dalam jangka masa panjang.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Education HQ

“Apabila adab dan etika yang ditulis di media sosial itu boleh memberikan pengaruh besar kepada emosi, ini menyebabkan kebencian merebak dalam diri mereka sebagai individu matang ataupun yang tidak dalam kalangan demografi netizen,” katanya, lapor Astro Awani.

Malah kebencian yang diterima dari orang ramai juga akan menyebabkan seseorang itu berisiko kemurungan (depresi).

Baca Artikel Berkaitan: Komen Negatif Undang Depresi, Pakar Nasihat Netizen Fikir Dahulu Sebelum Jadi ‘Hakim’ Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi 6 Mitos Masalah Kesihatan Mental & Fakta Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd