Pelajar Terlibat Dalam Kes Buli MRSM Digantung Sementara Siasatan Berjalan
Difahamkan, pelajar terbabit digantung persekolahan sementara siasatan dalaman dilengkapkan pihak MARA.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes buli yang berleluasa kadang-kadang dilepas pandang sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja mencemarkan nama institusi pendidikan, malah memberi kesan kepada kesejahteraan pelajar.
Namun, pihak berwajib perlu berkeras dan mengambil langkah proaktif bagi membendung budaya negatif ini sebelum ia menjadi norma yang berterusan dalam kalangan mereka.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sendiri bertegas dalam menangani satu insiden buli yang tular membabitkan pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara tanah air.
Baca Artikel Berkaitan: Gurau Kasar Umpama Buli, Netizen Berang Tindakan Dua Pelajar ‘Tindih’ Rakan Dalam Dorm
Baca Artikel Berkaitan: “Berani Sebab Besar Ke?” – Axia Jadi Mangsa Buli Jalanan, Kena Himpit Dengan Trak Pikap
Pelajar Digantung, Siasatan Terperinci Sedang Berjalan
Menerusi laporan Kosmo, pelajar yang terlibat dalam insiden berkenaan telah digantung persekolahan sementara siasatan dijalankan.
Asyraf Wajdi berkata tindakan itu perlu untuk memastikan proses siasatan tidak terganggu dan sebagai mesej jelas bahawa perbuatan buli tidak akan dikompromi.
“Saya mengarahkan satu siasatan terperinci… dalam proses siasatan, pelajar terbabit mestilah digantung terlebih dahulu,” ujarnya.
Video berdurasi 1 minit 31 saat yang tular memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghenyak kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil, selain memukul mangsa dengan tali pinggang.
Asyraf turut menekankan prinsip “You touch, you go” sebagai amaran tegas kepada semua pelajar di institusi pendidikan MARA.
PDRM Jelas Insiden Berlaku Tahun Lalu, Tiada Laporan Diterima
Sementara itu, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis mengesahkan insiden buli itu berlaku sekitar pertengahan tahun lalu di sebuah MRSM di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, kejadian melibatkan tujuh pelajar Tingkatan Tiga dan dipercayai bermula daripada ejek-mengejek sesama sendiri.
“Mereka akan dirakamkan keterangan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
3 Saluran Disediakan Oleh KPM Untuk Buat Aduan Tentang Kes Buli
Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau tahu tentang sebarang gejala buli di sekolah, anda boleh membuat aduan kepada tiga saluran utama yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berikut adalah tiga saluran khas tersebut:
- Talian khas aduan buli: 03-8884 9325
- Menerusi e-mel: adubuli@moe.gov.my
- Aduan buli di portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar UPNM Dipijak Senior Hingga Cedera Parah, Kementerian Pertahanan Serah Siasatan Pada PDRM
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kes Arwah Yang Terakhir” – Bapa Zulfarhan Ulas Insiden Pelajar UPNM Didakwa Ditekap Seterika
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.