Now Reading
KPKT Senarai Hitam 109 Pemaju Perumahan – Nga Kor Ming

KPKT Senarai Hitam 109 Pemaju Perumahan – Nga Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pemaju perumahan terlibat telah dikenakan kompaun dan tidak layak memohon lesen baharu sehinggalah ia dilangsaikan dan syarat-syarat lain dipenuhi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang pasti memasang impian untuk memiliki rumah yang dibeli dengan wang hasil titik peluh sendiri dan bukan sekadar menyewa seumur hidup.

Di Malaysia, kerajaan turut menyediakan rumah mampu milik bagi golongan yang kurang berkemampuan agar berpeluang untuk membeli rumah sendiri.

Pun begitu, sesetengah projek perumahan telah menjadi terbengkalai walaupun setelah penjualan dilakukan, menyebabkan pembeli terpaksa menanggung kerugian.

Baca Artikel Berkaitan: Beli Atau Sewa Rumah Lebih Baik? Ini Kata Penganalisis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kondo!” – Renovasi & Deko Rumah PPR Ini Bikin Ramai Kagum

109 Pemaju Perumahan Disenarai Hitam Akan Dipaparkan Di Laman Web KPKT

Terbaharu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan 109 pemaju perumahan yang telah disenarai hitam oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya lagi, Pengarah syarikat-syarikat terlibat turut disenarai hitam bagi mengelakkan mereka daripada menubuhkan semula syarikat di bawah entiti baharu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Nga dalam satu sidang akhbar hari ini (7 April) selepas merasmikan Persidangan Projek Perumahan Mampu Milik ke-14.

Nga berkata senarai pemaju perumahan yang disenarai hitam akan dipaparkan untuk tatapan umum di laman web kementeriannya.

Perkara ini akan dapat membantu pembeli untuk mengesahkan status pemaju sebelum membuat pembelian.

Pemaju Disenarai Hitam Tak Layak Mohon Lesen Baharu Sebelum Bayar Kompaun

Sehubungan itu, Nga menjelaskan bahawa pemaju terlibat telah dikenakan kompaun dan tidak layak memohon lesen baharu daripada Jabatan Perumahan Negara serta agensi-agensi lain sehinggalah ia dilangsaikan dan syarat-syarat lain dipenuhi.

Nga juga berkata bahawa pemaju dengan projek yang sedang berlangsung akan melakukannya buat kali terakhir pada masa ini. Ini bertujuan bagi mengelakkan pembeli daripada menjadi mangsa sementara pihaknya menangani amalan yang tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah amaran keras kepada semua pemaju agar mengikut undang-undang. Tindakan menyenarai hitam ini memberi mesej jelas bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti haram dan melanggar peraturan.

“Kami mengambil tindakan tegas untuk melindungi wang hasil titik peluh pembeli rumah dan memastikan mereka menerima rumah yang mereka berhak. Keselamatan pemberi rumah merupakan keutamaan bagi kementerian.

“Pemaju perlu mematuhi peraturan bagi memastikan projek disiapkan mengikut masa dan mematuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya dipetik The Star.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber gambar: FB Pak Berri)

RM9.03 Juta Saman Dikeluarkan Ke Atas Pemaju Perumahan Pada 2024

Nga berkata kebanyakan syarikat yang disenarai hitam membabitkan ketidakpatuhan dengan keperluan pengawalseliaan.

Menurut Jabatan Perumahan Negara, terdapat sejumlah 471 notis yang dikeluarkan pada tahun 2024, dengan jumlah saman sehingga RM9.03 juta.

“Pada dua bulan pertama 2025, jabatan tersebut mengeluarkan 56 kompaun, dengan denda berjumlah RM1.25 juta.

“Majoriti kesalahan membabitkan kegagalan mengemukakan laporan status pembangunan dan laporan audit, termasuk kunci kira-kira serta kenyataan keuntungan dan kerugian,” jelas Nga.

Sahkan Status Lesen Pemaju Perumahan Di TEDUH

Dalam pada itu, Nga menggesa pembeli rumah agar mengesahkan status pelesenan pihak pemaju di laman web rasmi TEDUH oleh KPKT sebelum melakukan sebarang komitmen kewangan agar dapat membuat keputusan yang tepat.

“Kami komited menegakkan pematuhan peraturan bagi melindungi hak pembeli rumah dan memastikan pasaran perumahan yang adil dan telus untuk semua,” katanya,” ujarnya.

Tambah Nga, pemaju perumahan Malaysia mempunyai reputasi tinggi termasuk memenangi anugerah emas dalam FIABCI World Prix d’Excellence Awards bagi projek perumahan mempu milik terbaik.

Pihaknya akan memberi ganjaran pada mereka dengan reputasi baik, namun tidak akan bertoleransi dengan amalan yang tidak berprinsip.

Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai

Bila nak beli rumah sendiri, mesti anda akan berasa amat teruja dan tidak sabar untuk menandatangani perjanjian kan?

Namun begitu, orang ramai diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa projek rumah terbengkalai.

Berikut merupakan lima panduan untuk anda yang bakal membeli rumah baharu:

  • Beli rumah yang hampir siap walaupun harga agak mahal.
  • Semak latar belakang pemaju perumahan di laman web KPKT terlebih dahulu.
  • Semak status tanah di projek kediaman untuk tahu pemilik tanah, jenis hak milik dan sebagainya.
  • Lawat lokasi fizikal projek pembinaan dan bukan pameran perumahan sahaja.
  • Semak dokumen perjanjian jual beli (S&P) dengan teliti. Boleh juga melantik peguam sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Panduan Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan: Pinjaman Rumah Tanpa Kerja Tetap & Slip Gaji. Bagus Atau Tidak?

Sumber gambar: Jakub Zerdzicki/ Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd