Now Reading
[Video] Batu Besar Jatuh Atas Jalan, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

[Video] Batu Besar Jatuh Atas Jalan, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Dilaporkan, struktur batu itu telah menjadi kosong akibat hakisan jangka panjang, menyebabkan ia tidak lagi stabil dan akhirnya runtuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejadian tanah runtuh seringkali berlaku ketika musim hujan lebat, lebih-lebih lagi di kawasan berbukit yang terdedah kepada risiko hakisan dan ketidakstabilan struktur tanah.

Kebimbangan ini bukan sesuatu yang asing bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan cerun atau lereng bukit, kerana runtuhan boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran awal.

Baru-baru ini, insiden melibatkan bongkah batu bersaiz besar yang jatuh ke atas jalan akibat tanah runtuh telah berlaku di Sandakan, sekali gus mengundang kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam?

Baca Artikel Berkaitan: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir

Tanah Tidak Stabil, Batu Besar Runtuh Dari Tebing

Kejadian tanah runtuh telah menyebabkan sebuah bongkah batu besar jatuh dari tebing bukit di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan sekitar jam 10.00 pagi, Khamis (3 April) semalam.

Memetik laporan Astro Awani, batu berkenaan yang dianggarkan setinggi empat meter dan sepanjang 11 meter telah jatuh dari ketinggian 60 meter, lalu menutup sepenuhnya dua lorong laluan jalan berkenaan.

Pemeriksaan awal mendapati struktur dalam batu itu telah menjadi kosong akibat hakisan jangka panjang, menyebabkan ia tidak lagi stabil dan akhirnya runtuh.

JKR turut memaklumkan bahawa serpihan tanah dan tumbuhan telah berselerak di atas jalan dan tidak menolak kemungkinan berlaku runtuhan susulan.

Pengguna TikTok Kongsi Keadaan Semasa Sewaktu Kejadian

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@wnnhnnz), klip rakaman itu memaparkan keadaan bongkah batu besar yang jatuh dari atas tebing bukit berdekatan.

Orang ramai juga dilihat berada di sekitar kawasan tersebut bagi melihat sendiri insiden tanah runtuh yang berlaku di situ.

Tonton video penuh [DI SINI].

JKR Pertimbang Tutup Laluan Demi Keselamatan

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan akan mengadakan mesyuarat bagi mempertimbangkan sama ada laluan tersebut perlu ditutup sepenuhnya atas faktor keselamatan.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa telah dilaporkan dalam insiden berkenaan. Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan bongkah batu turut telah dijalankan.

Saksi Kejadian Hampir Jadi Mangsa

Seorang saksi yang kebetulan melalui kawasan tersebut sewaktu kejadian berlaku telah berkongsi detik cemas yang dialaminya.

“Pada waktu tu saya tengah memandu di kawasan tersebut. Kejadian berlaku sangat pantas, saya dengar bunyi yang sangat kuat dan tiba-tiba tengok batu tu sudah jatuh dari atas,” katanya.

Dia turut menambah, jika dia memandu sedikit laju ketika itu, besar kemungkinan keretanya akan terkena batu berkenaan.

Setakat ini, situasi telah kembali terkawal namun penduduk dan pengguna jalan di kawasan berbukit disarankan agar lebih berhati-hati, khususnya ketika musim hujan.

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Boleh Tuntut Rawatan Percuma Di Klinik Panel PERKESO Jika Terlibat Dalam Kemalangan Ketika Bekerja

Baca Artikel Berkaitan: Video Solat Dalam Air Banjir Cetus Perdebatan, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd