LHDN Gesa Orang Ramai Semak & Lunaskan Cukai Sebelum Disekat Untuk Perjalanan Ke Luar Negara
Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan di portal MyTax.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena dengan cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin mengingatkan kepada semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan percutian ke luar negara.
Berdasarkan Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, HASiL diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.
Sekatan Bakal Dilakukan Selepas Peringatan & Notis Diberikan
Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis diberikan.
Langkah penting perlu diambil oleh pembayar cukai yang ingin ke luar negara adalah menyemak status tunggakan cukai terlebih dahulu menerusi portal MyTax. Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka dimohon untuk membuat bayaran sepenuhnya atau menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.
Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Boleh Dibuat Secara Online
Sebagai maklumat tambahan, permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan di portal MyTax dengan mematuhi 4 syarat iaitu:
- Individu Warganegara Malaysia
- Membuat Bayaran Penuh
- Kes sekatan perjalanan dikenakan di bawah ACP 1967
- Tidak melibatkan sekatan perjalanan ke atas pengarah syarikat
Untuk FAQ, boleh KLIK SINI.
Selain itu, permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan hubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau berkunjung ke Pejabat HASiL berhampiran mengikut ketetapan waktu operasi HASiL.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, boleh hubungi HASiL di:
- Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara)
- HASiL Live Chat
- Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di LINK INI.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.