ZUS Lancar Inisiatif ‘ZUS Cares’ Khas Buat Komuniti Tempatan


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
ZUS Coffee telah melancarkan ZUS CARES, sebuah inisiatif baharu yang dirangka untuk menjadikan setiap pembelian kopi sebagai satu sumbangan bantuan kemanusiaan yang bermakna untuk rakyat Malaysia.
Pada awalnya diperkenalkan untuk menyokong usaha bantuan ke Gaza, ZUS CARES kini berkembang merangkumi pelbagai bantuan lain, termasuk untuk mangsa banjir, komuniti kurang bernasib baik, dan mereka yang memerlukan keperluan dan perkhidmatan asas.
ZUS CARES bertujuan untuk menyediakan makanan, sumber pendidikan, bekalan perubatan, dan keperluan harian kepada individu dan keluarga yang menghadapi kesulitan.
Melalui kerjasama dengan rakan kongsi yang dipercayai, serta pasukan merangkumi barista dan staf untuk usaha bantuan di lapangan, ZUS Coffee memastikan bahawa sumbangan disalurkan dengan cekap dan memberi impak langsung kepada komuniti yang terjejas.
Inisiatif terbaru daripada ZUS CARES termasuk kunjungan daripada ZUS Coffee ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah untuk menyampaikan sumbangan. Pada hari yang sama, ZUS Coffee juga mengadakan sesi ‘Sembang-Sembang Dengan ZUS’ bersama anak-anak di sana.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada kempen Hari Raya ZUS Coffee yang bertujuan untuk memulakan perbualan bermakna antara orang tersayang. Sepanjang lawatan, anak-anak di sana turut belajar tentang kepentingan halal dan keselamatan makanan.
“Di ZUS Coffee, kami percaya dalam kuasa komuniti dan kepentingan memikul berat bersama-sama. ZUS CARES adalah cara kami untuk membantu rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar—sama ada membantu mangsa banjir, menyokong pelajar kurang bernasib baik, atau menyediakan khidmat rawatan kesihatan yang asas.
“Dengan inisiatif ini, setiap sumbangan kecil yang dibuat melalui aplikasi kami boleh mencipta perubahan yang lebih bermakna,” kata Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee.
ZUS CARES

Pelanggan yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini boleh mengikuti perkembangan impak sumbangan mereka dengan mengikuti saluran media sosial ZUS Coffee, di mana kemas kini berterusan mengenai usaha bantuan akan dikongsi.
ZUS Coffee menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ini dan bergabung dalam mengubah detik-detik kopi biasa menjadi sumbangan yang mengubah kehidupan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.