Now Reading
Musim Raya Banyak Kenderaan, Berniaga Tepi Jalan Undang Risiko Kemalangan – Exco Pahang

Musim Raya Banyak Kenderaan, Berniaga Tepi Jalan Undang Risiko Kemalangan – Exco Pahang

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim, berniaga di tepi jalan tidak dibenarkan atas faktor keselamatan penjual dan pembeli.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nak berniaga, ada caranya. Itulah ungkapan yang selalu dilontarkan kepada individu yang mahu memulakan bisnes. Ini termasuklah mendapatkan dahulu permit serta lesen, memilih lokasi yang strategik dan sebagainya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial menyaksikan seorang wanita yang menjual nangka di bahu jalan iaitu di di atas rizab jalan Persekutuan, sekali gus mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Pun begitu, makcik tersebut bertindak mencetuskan kekecohan selepas pihak penguatkuasa datang untuk mengambil tindakan. Peniaga itu menyifatkan orang kampung dan juga penguatkuasa ‘dengki’ kerana mendakwa mereka tidak membenarkannya mencari rezeki.

Perkongsian terbabit kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang berkata kemarahan peniaga kepada pihak penguatkuasa adalah tidak wajar kerana aktiviti bisnes di tepi jalan itu sememangnya boleh mengudang perkara tidak diingini berlaku.

@77hafez24434 #pakcikpetai #makciknangka #pahang #raub #followsaya ♬ original sound – JSP 05 OFFICIAL NISMILAN

Exco Pahang Nasihat Peniaga Henti Jalankan Bisnes Di Bahu Jalan

Terbaharu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim menasihati para peniaga di negeri Pahang untuk tidak berniaga tepi jalan bagi mengelakkan risiko kemalangan khususnya semasa musim perayaan ekoran peningkatan jumlah kenderaan.

Menurut Ir Razali, aspek keselamatan kepada peniaga dan pengguna jalan raya adalah keutamaan dan sebarang aktiviti perniagaan di bahu jalan boleh membawa kepada bahaya.

“Kami ingin mengingatkan para peniaga bahawa berniaga di tepi jalan tidak dibenarkan atas faktor keselamatan, lebih-lebih lagi pada waktu ini apabila jumlah kenderaan meningkat dengan ketara,” kata Ir Razali bagi mengulas isu tular mengenai peniaga nangka.

Razali Minta PBT Perketat Pemantauan Aktiviti Perniagaan

Razali dalam masa sama, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperketatkan pemantauan bagi memastikan tiada aktiviti perniagaan dijalankan di lokasi yang boleh membahayakan orang ramai.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya lain agar lebih berhati-hati selain merancang perjalanan mereka dengan baik.

Peniaga Nangka Dikenakan Tindakan Kerana Niaga Di Atas Razib Jalan Persekutuan

Terdahulu, peniaga nangka itu telah pun dikenakan tindakan atas kesalahan menjalankan perniagaan di atas rizab jalan Persekutuan.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Khuzaidi Haron berkata, ia susulan tular sebuah video berdurasi dua minit 24 saat di media sosial yang memaparkan seorang wanita memarahi anggota penguatkuasa pada Ahad (23 Mac).

Kejadian terbabit terjadi ketika operasi penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub bersama Majlis Daerah Raub (MDR) di Jalan Persekutuan FT0008 (Bentong-Gua Musang).

Sumber: TikTok

Menurut Khuzaidi, perniagaan yang dijalankan di situ mengundang bahaya memandangkan had laju di jalan tersebut adalah 90 kilometer sejam kecuali di kawasan kampung dan sekolah.

Tambah beliau, difahamkan insiden kemalangan maut pernah dilaporkan berlaku di situ.

Bukan itu sahaja, masyarakat juga pernah mengemukakan banyak aduan dengan mengatakan perniagaan nangka berkenaan menghalang pandangan pemandu, terutamanya di simpang keluar masuk ke kampung.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Ops Nangka ini sudah pun dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun lalu (2024).

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Adil Salahkan PBT, Mereka Buat Kerja” – MB Negeri Sembilan Ulas Isu Peniaga Petai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Mengadu Gerai Tengah Jalan Diserbu MBPP Raih Kecaman Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terkejut Mi Segera Seafood Dijual Tepi Jalan Berharga RM20


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd