Now Reading
Anwar Sahkan Akan Rasmi Majlis Pecah Tanah Masjid Madani Hari Khamis Ini

Anwar Sahkan Akan Rasmi Majlis Pecah Tanah Masjid Madani Hari Khamis Ini

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar perbincangan antara pihak pengurusan kuil dengan pemilik tanah serta DBKL dijalankan secara baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, kecoh dibincangkan isu membabitkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di Jalan Masjid India.

Ini susulan Masjid Madani yang bakal dibina oleh syarikat swasta Jakel yang merupakan pemilik tanah berkenaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan sebelum ini telah mengumumkan rancangannya untuk memindahkan kuil berkenaan setelah pembinaan masjid tersebut diluluskan.

Perdana Menteri Akan Rasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Di Jalan Masjid India

Terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan merasmikan majlis pecah tanah masjid yang bakal dibina di Jalan Masjid India tersebut pada Khamis ini (27 Mac).

Beliau berkata perasmian itu akan dijalankan walaupun berdepan pertikaian daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Anwar juga meminta agar pihak pengurusan kuil terbabit meneruskan perbincangan dengan pemilik tanah serta DBKL bagi urusan pemindahan ke lokasi lain.

“Saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas masjid pada 27 hari bulan (Khamis ini). Saya minta jawatankuasa kuil runding dengan baik. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), syarikat berkenaan, DBKL… semua itu diminta sederhana, sopan dan bincang dengan baik.

“Jawatankuasa kuil saya sebut begitu juga, bincang dengan baik. Kami ini rakan dan sahabat dan jangan dambakan kami sebagai orang zalim dan jangan dengar penghasut,” katanya hari ini (25 Mac) dipetik Berita Harian.

Keizinan Membina Masjid Sejak Tahun 2019

Anwar turut mengulas lanjut isu pembinaan masjid tersebut yang perlu dijalankan memandangkan surau dan masjid lain di sekitarnya telah mencapai tahap kepadatan tinggi.

Malah tambah beliau lagi, masjid terbabit juga telah dibenarkan untuk dibina sejak tahun 2019 lagi.

Di samping itu, Anwar turut menegaskan bahawa kelulusan bagi pembinaan masjid diberikan ketika negara di bawah pemerintahan Perdana Menteri terdahulu.

“Saya tegaskan, bila kebenaran bina masjid diluluskan? 2019, tahu siapa Perdana Menteri masa itu. Bila diberi kebenaran pembangunan? 2020… Perdana Menteri baru ambil alih.

“Bila diluluskan mula bangun dan dibina? 2021… Perdana Menteri yang satu lagi (ambil alih), tapi yang salah Perdana Menteri sekarang,” katanya.

Jakel Beli Tanah Dari DBKL Pada Tahun 2012

Menurut Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, permohonan yang dibuat oleh pihak kuil pada tahun 2012 untuk mengubah status tanah kepada tanah rumah ibadah bukan Islam tidak diluluskan.

Sebaliknya, syarikat swasta Jakel telah membeli tanah terbabit daripada pihak DBKL pada tahun sama.

Dalam satu sidang akhbar, Ketua Pegawai Kewangan Jakel Syed Nasrul Fahmi Syed Al-Qadri, berkata pihaknya ketika itu dimaklumkan oleh DBKL bahawa kuil berkenaan hanya bersifat sementara.

Tambahnya lagi, perkara itu telah termaktub di dalam perjanjian jualan dan pihaknya tidak akan meneruskan pembelian tanah terbabit jika kuil itu merupakan bangunan kekal.

Pembinaan Masjid Ditangguh Sejak 2021 Untuk ‘Hormat’ Pemindahan Kuil

Untuk info, perbincangan antara pihak Jakel dan kuil bagi pemindahan rumah ibadat itu telah berlangsung selama lebih 10 tahun.

Pada tahun 2021, Jakel menerima kebenaran untuk mula membina sebuah masjid di tapak terbabit. Mereka bagaimanapun menangguh pembinaan itu sebagai satu ‘kehormatan’ terhadap proses pemindahan kuil.

Satu laporan oleh Malay Mail mendedahkan bahawa Jakel sanggup menanggung kos pemindahan sebagai satu bentuk bantuan kepada kuil terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Jakel And Temple: Here’s What We Know So Far


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd