Now Reading
Lelaki Duda ‘Gersang’ Didakwa Cabul Wanita Di Bazar Ramadan Mengaku Tidak Bersalah

Lelaki Duda ‘Gersang’ Didakwa Cabul Wanita Di Bazar Ramadan Mengaku Tidak Bersalah

Sebanyak empat pertuduhan dikenakan ke atas tertuduh, Nazarin Romeli, kesemuanya dilakukan dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun kita sekarang berpuasa di bulan Ramadan yang penuh suci untuk melatih mengawal nafsu, namun masih ada segelintir umat Islam yang gagal berbuat demikian.

Seperti sebelum ini, tular apabila seorang lelaki dilihat mengambil kesempatan terhadap para wanita di sebuah bazar Ramadan.

Dia bagaimanapun telah ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Ambil Kesempatan” – Ramai Berang Lihat Pakcik Ini Sengaja Langgar Wanita di Bazar

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Sengaja Langgar Beberapa Wanita di Bazar Ditahan, Mengaku Gersang Kerana 13 Tahun Hidap HIV

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah 4 Pertuduhan Di Bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Hari ini (20 Mac), lelaki tersebut yang merupakan seorang duda mengaku tidak bersalah mencabul wanita di bazar Ramadan selepas didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh.

Tertuduh Nazarin Romeli, 51, berdepan empat pertuduhan kesemuanya dilakukan di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa.

Empat pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kira-kira jam 6.40 petang 6 Mac, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan menyentuh payu dara seorang wanita berumur 26 tahun menggunakan lengan dan siku.
  2. Di masa sama serta mangsa sama pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah, melanggar punggung mangsa dengan paha.
  3. Sekitar 6.20 petang 10 Mac, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan melanggar bahagian dada seorang wanita berumur 22 tahun menggunakan lengan dan siku.
  4. Kira-kira jam 6.40 petang 6 Mac, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan melanggar dada seorang wanita berumur 28 tahun menggunakan lengan dan siku.

Tertuduh yang dikatakan melakukan kesalahan itu kerana ‘gersang’ bagaimanapun mengaku tidak bersalah dengan keempat-empat pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Tan Chew King.

Bagi kesemua pertuduhan, Nazarin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika disabit bersalah.

Tertuduh Diberi Jaminan Sebanyak RM14,000 Bagi Kesemua Pertuduhan

Menurut laporan Kosmo, Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin telah mengendalikan pertuduhan, manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nursyazwani Rosselan, mewakili tertuduh.

Dalam prosiding, Adriana meminta jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Nursyazwani bagaimanapun meminta jaminan minima bagi anak guamnya memandangkan tertuduh bekerja kampung dengan pendapatan RM1,000 sebulan di samping menyara tiga individu.

Jaminan sebanyak RM14,000 kemudiannya ditetapkan oleh Chew King bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 April kelak termasuk lantikan peguam.

Tertuduh Dirakam Melanggar Beberapa Wanita Di Tempat Tak Sepatutnya

Terdahulu, tular video di media sosial yang menyaksikan Nazarin mengambil kesempatan apabila menghampiri dan melanggar wanita yang berselisih dengannya di sebuah bazar Ramadan.

Perbuatan lelaki itu yang melanggar wanita di tempat tidak sepatutnya dilihat mencurigakan dan disengajakan.

Dia kemudiannya telah ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis pada 12 Mac lalu.

Nazarin ketika itu mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan mendakwa dirinya ‘gersang’ kerana sudah lama tidak bersama wanita setelah disahkan menghidap HIV sejak 13 tahun lepas.

@zackrazbundle

Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen

♬ original sound – Zack – Zack

Tonton video penuh [DI SINI].

Laporkan Jenayah Gangguan Seksual Kepada Pihak Berkuasa

Gangguan seksual merupakan satu jenayah di bawah undang-undang di Malaysia dan mangsa perlu melaporkan perkara itu agar pelaku dikenakan tindakan.

Berikut merupakan antara beberapa akta yang diguna pakai bagi insiden gangguan seksual yang terjadi dalam negara:

  • Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) – Menyediakan mekanisme aduan dan tindakan terhadap gangguan seksual.
  • Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) – Melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual.
  • Kanun Keseksaan (Akta 574) – Seksyen 509 memperuntukkan hukuman terhadap perbuatan yang mengaibkan kehormatan seseorang.
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) – Mengawal gangguan seksual melalui platform digital.
  • Akta Kerja 1955 (Akta 265) – Melindungi pekerja daripada gangguan seksual di tempat kerja.
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) – Memastikan persekitaran kerja selamat dan bebas gangguan.

Jika anda berdepan dengan mana-mana gangguan seksual, berikut adalah talian bantuan yang boleh dihubungi:

1. Women’s Aid Organisation (WAO)
Waktu operasi: 24-hour
Nombor telefon: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058

2. All Women’s Action Society (AWAM)
Waktu operasi: Monday to Friday (9.30am – 5.30pm)
Nombor telefon: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
E-mel: telenita@awam.org.my

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Psikiatri Dengan Nama Seperti Orang Malaysia Dipenjara Kerana Kes Amang Seksual Remaja Di Ireland

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd