[Video] Tular Lori Treler ‘Sapu’ Hilux Depan Kedai, Hampir Langgar Ibu & Anak Dalam Myvi
DIfahamkan, treler itu merempuh Hilux di bahu jalan kerana cubaan mengelak sebuah kereta yang meluru masuk dari kanan ke lorongnya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebelakangan ini, tular di media sosial kejadian kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat seperti lori dan treler.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana insiden sebegini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda tetapi juga meragut nyawa pengguna jalan raya.
Kemalangan seperti ini boleh berpunca daripada kecuaian pemandu lori sendiri atau pemandu lain serta masalah teknikal pada kenderaan seperti kegagalan sistem brek, sekali gus meningkatkan risiko kejadian yang tidak diingini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gara-gara Kereta ‘Pancung’ Ke Lorong Kiri Secara Melulu, Polis Trafik Tersembam Atas Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Saga Gelupur Elak Motosikal Belok Sesuka Hati Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Lori Laju ‘Cucuk’ Di Lane Kereta Di Lebuh Raya Undang Kerisauan Orang Ramai
Pemandu Hilux Selamat Sebelum Treler Sapu Kenderaannya
Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman TikTok (@jains405), seorang lelaki terselamat daripada dirempuh treler selepas beberapa saat keluar dari kenderaannya.
Dalam rakaman itu, mulanya sebuah Perodua Myvi berwarna biru kelihatan diparkir di hadapan sebuah kedai ‘hardware’. Kemudian, sebuah Toyota Hilux tiba dan diletakkan di sebelah kiri Myvi berkenaan.
Pemandu Hilux keluar dari kenderaan dan duduk di kerusi di hadapan kedai, kelihatan seperti menunggu gilirannya untuk berurusan. Namun, tidak sampai 20 saat menunggu, dia tiba-tiba bangun dan meluru masuk ke dalam kedai.
Beberapa detik selepas itu, sebuah treler yang datang dengan kelajuan tinggi merempuh trak pikap tersebut. Myvi yang berada bersebelahan turut dilanggar menyebabkan cermin sisinya patah.
@jains405 Semoga kita semua dilindungi#abangjarangpulang #fyppppppppppppppppppppppp #abangpergicarirezeki #hatihatidijalanraya #infokemalangan #btkintegratedtransport
♬ bunyi asal – JAIN’S – JAIN’S
Pemandu Treler Cuba Mengelak Kenderaan Keluar Simpang Secara Mengejut
Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 41, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3, Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata insiden itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah treler jenis Dong Feng, Toyota Hilux dan Perodua Myvi.
Siasatan awal mendapati, seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu treler tersebut dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu.
Semasa di lokasi kejadian, sebuah kenderaan secara tiba-tiba keluar dari simpang kanan jalan sehingga menyebabkan pemandu treler cuba mengelak ke bahu kiri jalan.
Keadaan itu menyebabkan treler tersebut merempuh bahagian belakang Toyota Hilux dan sisi kiri Perodua Myvi sebelum terbalik.
Rempuhan kuat menyebabkan Hilux meluncur ke depan dan melanggar sebuah kedai makan di bahu jalan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
Isteri & Anak Pemandu Myvi Ada Dalam Kereta

Lebih mengejutkan, pemilik Myvi berkongsi di laman Facebook bahawa isteri dan anaknya berada di dalam kereta semasa kejadian berlaku. Keberadaan mereka turut dapat dipastikan melalui kenyataan perakam dalam satu perkongsian lainnya.
“Ada orang dalam kereta Myvi ni tadi. Nasib baik lori tu datang ikut tepi. Kalau datang tempuh kereta ni tadi… Allahuakbar,” ujar perakam video.
Menerusi gambar yang dimuat naik, latar belakang menunjukkan Hilux yang dirempuh remuk teruk di bahagian belakang.
Keadaan selepas kemalangan itu memaparkan orang ramai sudah mula berkumpul di tempat kejadian. Kelihatan juga treler itu sudah terbalik di atas jalan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Staf PUSPAKOM Ditampar, Didakwa Bengang Lori Tak Lulus Pemeriksaan
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Setahun Merangkak Keluar Dari Lori Remuk Untuk Cari Ibu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.