Now Reading
‘Port’ Kaki Ponteng Puasa Di Kedah Kena Serbu, Siap Ada Runner Makanan Hantar Guna Plastik Hitam

‘Port’ Kaki Ponteng Puasa Di Kedah Kena Serbu, Siap Ada Runner Makanan Hantar Guna Plastik Hitam

Menurut laporan, premis itu dipercayai menggunakan khidmat penghantar makanan bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Puasa di bulan Ramadan adalah kewajipan bagi umat Islam, kecuali bagi mereka yang mempunyai keuzuran tertentu.

Namun, masih ada segelintir individu yang sengaja ponteng puasa dan sanggup mencari jalan untuk mendapatkan makanan lebih awal.

Fenomena ini bukan perkara baru dan sering menjadi sasaran operasi pihak berkuasa setiap kali Ramadan. Namun, ada yang semakin licik dengan pelbagai taktik untuk mengelak daripada dikesan.

Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Pesakit Gastrik Tidak Berpuasa? Ini Penjelasan UAI

Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Perut Selalu Sembelit Di Bulan Ramadan? Mungkin Ini Puncanya

Servis ‘Runner’ Hantar Makanan Ke Rumah

Memetik laporan Sinar Harian, sebuah premis di Tikam Batu, Sungai Petani kantoi lepas dikesan menjual makanan kepada pelanggan Muslim seawal jam 11 pagi.

Premis itu dipercayai menggunakan khidmat penghantar makanan bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata operasi Ops Plastik Hitam mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan dalam plastik hitam kepada pelanggan.

“Ketika serbuan, dua penghantar makanan sedang menunggu untuk menghantar pesanan ke beberapa lokasi sekitar kawasan itu.

“Beberapa pelanggan pula bertempiaran lari ke arah belukar di belakang premis, ada juga yang sempat melarikan diri dengan kenderaan,” katanya.

Dalam operasi itu, lima individu diberikan notis di bawah Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014.

Ini kerana aktiviti tersebut tidak menghormati bulan Ramadan. Mereka dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Premis Pernah Diserbu Sebelum Ini

Apa yang mengejutkan, premis tersebut pernah diserbu sebelum ini atas kesalahan sama tetapi masih berdegil dan meneruskan aktiviti menjual makanan awal kepada kaki ponteng puasa.

Operasi ini turut melibatkan PAD Yan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Menurut MPSPK, pemilik premis turut dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan yang melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Antaranya:

  • Tidak mempamerkan lesen perniagaan.
  • Gagal mendapatkan suntikan pelalian pengendali makanan.
  • Menjalankan operasi sebelum jam 3 petang.

Makan Secara Terbuka Ketika Ramadan Boleh Didenda

Baru-baru ini, seorang peguam dikenali sebagai Gandhi Palanisamy (@lawyerghandi) menerusi TikTok berkongsi info mengenai undang-undang bagi Muslim yang tidak berpuasa di tempat awam.

Menurutnya, umat Islam yang makan secara terbuka boleh dikenakan hukuman denda dan penjara mengikut undang-undang syariah negeri masing-masing.

Sebagai contoh, di Pahang, individu yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

https://www.tiktok.com/@lawyergandhi/video/7477200823261334791
Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Awas Geng Plastik Hitam” – Muslim Makan Secara Terbuka Ketika Ramadan Berdepan Hukuman

Baca Artikel Berkaitan: Jijik! Peniaga Sorok Lauk & Nasi Untuk Kaki Ponteng Puasa Dalam Tandas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Orang Yang Tidak Berpuasa Makan Di Tempat Awam? Ini Jawapan Dr Zulkifli


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd