Lelaki Sengaja Langgar Beberapa Wanita di Bazar Ditahan, Mengaku Gersang Kerana 13 Tahun Hidap HIV
Menurut laporan, lelaki yang sebelum ini tular kerana sengaja melanggar beberapa wanita di bazar Ramadan telah ditahan polis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Gangguan seksual masih berleluasa dalam masyarakat, melibatkan mangsa tanpa mengira umur atau jantina.
Lebih membimbangkan, ada pelaku yang menganggap perbuatan mereka perkara remeh dan berani melakukannya di tempat awam tanpa rasa takut. Hal ini menyebabkan mangsa gangguan seksual sukar bersuara atau membuat laporan.
Namun, penting untuk mangsa tampil ke hadapan kerana terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang melindungi mereka dan memastikan pesalah dikenakan tindakan.
Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Jiran, Guru & Ahli Keluarga Boleh Didakwa Jika Gagal Lapor Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Kekurangan Pekerja Sosial Jadi Cabaran Dalam Usaha Lindungi Kanak-kanak Dari Gangguan Seksual [Pendapat]
Tular Rakaman Pelaku Ambil Kesempatan Ketika Berjalan Di Bazar
Terdahulu, tular beberapa perkongsian di media sosial mengenai tindakan mencurigakan seorang lelaki di bazar Ramadan Lurah Semantan.
Dalam rakaman yang dikongsi, dia dilihat sengaja melanggar beberapa wanita dipercayai untuk mengambil kesempatan terhadap mereka yang berada di situ bagi tujuan membeli juadah berbuka.
Turut tular satu perkongsian di mana pelaku sudah pun ditegur oleh seorang wanita tentang kelakuan jeleknya itu.
Orang ramai bertambah berang apabila nada percakapan lelaki berkenaan kedengaran normal menandakan dia sedar dengan tingkah-laku hinanya itu.
Pelaku Sudah Ditahan Polis, Mengaku “Gersang” & Hidap HIV

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki yang tular kerana sengaja melanggar dan mencabul beberapa wanita di bazar Ramadan telah ditahan oleh pihak polis pada Rabu (12 Mac).
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan mengesahkan bahawa lelaki tersebut berjaya ditahan oleh orang awam di bazar sebelum diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Suspek berusia 41 tahun itu mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan mendakwa bertindak demikian kerana “gersang” selepas lama tidak bersama wanita sejak disahkan menghidap HIV 13 tahun lalu.
Tambah Mazlan, seramai tiga wanita berusia 23 hingga 27 tahun tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Mereka mendakwa dicabul oleh suspek yang sengaja melanggar badan mereka sebelum menyentuh bahagian tidak sepatutnya di bazar yang sama.
“Tiga mangsa yang membual laporan polis hadir membuat laporan setelah klip video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita di tapak bazar tersebut,” ujar Mazlan.
Mazlan turut mendedahkan bahawa suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang pantas bertindak dan membantu pihak polis dalam usaha membanteras jenayah.
Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh (10) tahun, didenda, disebat, atau dikenakan dua daripada seksaan tersebut.
Akta Yang Melindungi Mangsa Gangguan Seksual
Bagi yang kurang tahu tentang undang-undang dalam negara yang melindungi individu daripada gangguan seksual, kami senaraikan beberapa akta di bawah untuk rujukan anda. Antaranya:
- Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) – Menyediakan mekanisme aduan dan tindakan terhadap gangguan seksual.
- Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) – Melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual.
- Kanun Keseksaan (Akta 574) – Seksyen 509 memperuntukkan hukuman terhadap perbuatan yang mengaibkan kehormatan seseorang.
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) – Mengawal gangguan seksual melalui platform digital.
- Akta Kerja 1955 (Akta 265) – Melindungi pekerja daripada gangguan seksual di tempat kerja.
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) – Memastikan persekitaran kerja selamat dan bebas gangguan.
Baca Artikel Berkaitan:[Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sarimah Ibrahim Dakwa Pernah Kena Gangguan Seksual Dengan Kru & Diugut Tamatkan Kontrak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.