Video Pimpin 2 Anak Tular, Ibu Zayn Rayyan Buat Laporan Polis
Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf membuat laporan polis berhubung video berkenaan kerana merasakan bahawa keselamatan diri serta keluarganya dalam keadaan terancam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kisah kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang baru sahaja berusia enam tahun ketika itu mana mungkin hilang dari ingatan segenap rakyat Malaysia.
Dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023, dia ditemukan keesokan malamnya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya sebelum disahkan mati dibunuh.
Kini selepas lebih satu tahun tiga bulan, perbicaraan mengenai kematian kanak-kanak autisme itu masih berlangsung.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat
Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui, Terdapat Kesan Luka Cuba Pertahankan Diri
Ibu Zayn Rayyan Buat Laporan Polis, Terima Pautan Rakaman Video
Terkini, satu maklumat baharu telah diterima oleh pihak polis membabitkan satu pautan rakaman video.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf, telah membuat satu laporan polis setelah menerima pautan satu video TikTok menerusi aplikasi WhatsApp.
Katanya, video berdurasi kira-kira satu minit itu menyaksikan Ismanira sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya iaitu Zayn Rayyan dan adiknya.
Mereka dilihat menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di Selangor.
“Pengadu merasakan bahawa individu yang tidak dikenali ini merakam video tersebut dari kawasan Blok Apartmen Idaman yang berhadapan dengan Blok R serta rakaman dibuat dari ketinggian yang menunjukkan bahawa perakam kemungkinan besar adalah penghuni di satu daripada tingkat atas di blok tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam (11 Mac).
Zayn Ditemui 200 Meter Dari Lokasi Video Dirakam
Tambah Mohd Hafiz, Ismanira yang merasakan bahawa keselamatan diri serta keluarganya dalam keadaan terancam telah membuat laporan mengenai video tersebut.
“Ibunya juga percaya bahawa ini bukan satu kebetulan kerana tidak lama selepas rakaman ini dibuat, Zayn Rayyan ditemukan mati dengan jarak kira-kira 200 meter dari lokasi di mana video telah dirakam.
“Siasatan terhadap kes ini masih berjalan dan pihak polis memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta mengelirukan masyarakat,” ujarnya.
Tular Video Ismanira Bersama Zayn & Adik Di Media Sosial
Terdahulu, tular video di TikTok (@kambinghitam2024) yang menampakkan Ismanira bersama kedua-dua anaknya di sebuah blok apartmen.
Difahamkan perakam ketika itu kebetulan sedang merakam sebelum kelihatan ketiga-tiga beranak itu menuruni tangga dari blok apartmen berjalan ke kawasan parkir motor.
“Secara kebetulan atas kehendak Allah SWT. Nak (rakam) view lain, ada kelibat arwah. Buat tatapan anda semua yang rindukan Zayn. Zayn bukanlah anak autistik yang suka lari merata. Dia tak akan pergi jauh tanpa sebab,” tertulis pada video berkenaan.
Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, video itu dikongsikan oleh seseorang dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa Zayn Rayyan adalah seorang kanak-kanak autistik yang mempunyai tingkah laku baik.


@kambinghitam2024 Apa yg sbnrnya berlaku sbnrnya pd 5hb itu??? Knp zayn lari syg??? #justiceforzaynrayyan #fy #f
♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Setuju Zayn Rayyan Anak Yang Baik
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berkata Zayn Rayyan sememangnya kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang bertingkah laku baik dan turut menunggu ibunya sebelum ke mana-mana.
Tidak kurang juga yang berkongsi pendapatan bahawa Ismanira nampak jelas menyanyangi kedua-dua anaknya itu.
Orang ramai turut menyedekahkan al-Fatihah buat arwah serta berdoa agar kebenaran ditunjukkan oleh Allah SWT dan pelakunya dihukum.







Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Dibebaskan Dari Pertuduhan Pengabaian
Perbicaraan mengenai kes pembunuhan Zayn Rayyan masih berlangsung di mahkamah buat masa ini.
Pada Januari lalu, kedua-dua ibu bapa arwah telah memohon agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak-kanak autisme tersebut.
Mereka sebelum itu telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tak Bersalah Atas Pertuduhan Mengabaikan Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Bantah Permohonan Polis Untuk Rekod Pengakuan Ibu Zayn Rayyan Di Mahkamah
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Dianiaya, Ini Fitnah” – Bapa Zayn Rayyan Dakwa Dirinya Dianiaya, Ahli Keluarga Protes Mohon Keadilan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.