Now Reading
China Akan Mula Perkenal Kursus AI Di Sekolah Di Beijing

China Akan Mula Perkenal Kursus AI Di Sekolah Di Beijing

Sekolah rendah dan menengah di Beijing akan menawarkan sekurang-kurangnya lapan jam kelas kecerdasan buatan sepanjang tahun akademik bermula September depan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kecerdasan buatan atau ‘artificial intelligence’ (AI) merupakan salah satu sektor yang sedang berkembang maju di seluruh dunia.

Antara kegunaan AI adalah bagi membantu dalam meningkatkan kecekapan dan automasi, membuat keputusan yang lebih baik dan mengatasi cabaran global yang kompleks.

Oleh yang demikian, terdapat negara-negara yang sudah mula mengintegrasikan teknologi ini dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Troli Pasar Raya Di Putrajaya Siap Ada ‘Scanner’ Buat Orang Ramai Teruja

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Trend Edit Video ‘Kung Fu’ Guna AI Raih Kecaman, Dianggap Tidak Beradab

China Bakal Kenalkan Kursus AI Di Sekolah Di Beijing

Terbaharu, China dilaporkan bakal memperkenalkan kursus kecerdasan buatan kepada murid sekolah rendah dan menengah di Beijing.

Berdasarkan laporan The Edge Malaysia, ia bertujuan bagi menguatkan sasaran China untuk mendominasi sektor berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Beijing, sekolah-sekolah di wilayah itu akan menawarkan sekurang-kurangnya lapan jam kelas AI sepanjang tahun akademik bermula September depan.

Sekolah diberi pilihan sama ada untuk menjalankannya sebagai kursus tersendiri atau diintegrasikan ke dalam mata pelajaran sedia ada seperti teknologi maklumat dan sains.

AI China Jadi Tumpuan Dunia Selepas DeepSeek Perkenal Model Baharu

Menurut The Edge Malaysia, sektor AI China menjadi tumpuan dunia awal tahun ini apabila DeepSeek memperkenalkan model yang dikatakan dapat berfungsi sebaik model yang dikeluarkan oleh syarikat besar di Amerika Syarikat, dengan sumber yang lebih sedikit.

Pelan pendidikan tersebut bertetapan dengan ikrar kerajaan di National People’s Congress dalam menyokong penggunaan model AI berskala besar dan pembangunan terminal pintar generasi baharu serta peralatan pembuatan.

Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng berkata revolusi teknologi yang dibawa oleh AI menyediakan ruang besar dalam pendidikan. Kertas putih mengenai pendidikan AI di republik itu akan dikeluarkan pada tahun ini.

Sumber gambar: Pexels

Malaysia Rancang Kenalkan Subjek AI Pada Sesi Persekolahan 2027

Sementara itu, Awani melaporkan bahawa China telah memulakan langkah ini lebih awal berbanding Malaysia yang merancang untuk memperkenalkan subjek kecerdasan buatan di sekolah bermula 2027.

Tambahnya lagi, China telah mempunyai pelan untuk menjadi kuasa besar dalam bidang AI sejak lebih sedekad lalu.

Satu laporan yang diterbitkan pada tahun 2024 mendapati bahawa 47% penyelidik terbaik dalam bidang AI berasal dari republik itu.

Ini diikuti dengan Amerika Syarikat di tempat kedua (18%), Eropah (12%), India (5%), Kanada (2%), UK (2%), Korea (2%), dan Rusia (2%).

Laporan KESUMA Dapati Teknologi AI, Digital & Hijau Akan Beri Kesan Pada 1.8 Juta Pekerja

Memandangkan teknologi AI dilihat dapat membantu meningkatkan kecekapan dan automasi, dikatakan bahawa ia dapat memberi kesan kepada ramai pekerja dalam bidang tertentu.

Kajian oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan TalentCorp mendapati pengenalan teknologi AI, digital dan hijau akan memberi kesan kepada seramai 1.8 juta pekerja dalam masa tiga hingga lima tahun.

Pun begitu, sebanyak 60 pekerjaan baharu yang diwujudkan oleh teknologi terbabit yang merangkumi 43 pekerjaan dalam sektor A dan digital, 11 pekerjaan dalam sektor hijau, serta enam pekerjaan dalam sektor teknologi baharu.

Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: TikTok Dilaporkan Berhentikan Lebih 500 Pekerja Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Islam Pun Buat” – Trend ‘Baju Butterfly’ Cetus Kebimbangan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Tercipta Oleh AI, Anak Pelukis Tampil Perjelas Isu Tular


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd