Now Reading
Johor Beri TNG eWallet RM20, Boleh Guna Di 8 Bazar Ramadan Terpilih

Johor Beri TNG eWallet RM20, Boleh Guna Di 8 Bazar Ramadan Terpilih

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata wang dalam TNG eWallet itu akan diberikan kepada 48,000 bangsa Johor yang berada di Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan kemodenan teknologi pada masa kini, orang ramai lebih gemar untuk membeli-belah secara ‘cashless’ dan menggunakan inisiatif lain seperti QR dan pemindahan ke akaun bank.

Perkara ini juga tidak terkecuali bagi peniaga-peniaga kecil seperti di pasar malam dan bazar Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan berpuasa ini.

Menerusi pembelian secara ‘cashless’, pelanggan tidak perlu bersusah payah mengeluarkan duit terlebih dahulu manakala peniaga pula tidak pening kepala untuk menyediakan baki yang mencukupi.

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Paling Ramai Guna Dompet Mudah Alih Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Cashless Boleh 4.0 Tetapkan Tahap Baharu Transformasi Pembayaran Digital Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Perlu Kad Atau Telefon, Mat Salleh Teruja Di China Hanya Guna Tapak Tangan Buat Pembayaran

48,000 Bangsa Johor Berpeluang Terima RM20 Dalam TNG eWallet

Terbaharu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan bahawa Bangsa Johor berpeluang untuk menerima insentif eWallet Touch ‘n Go bernilai RM20.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook beliau, tunai RM20 yang diterima boleh digunakan di lapan lokasi bazar Ramadan terpilih di sekitar Johor.

Insentif ini juga bakal diberikan kepada 48,000 Bangsa Johor yang berada di Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata inisiatif tersebut dilakukan bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai dan menyokong #CashlessSociety di bazar-bazar Ramadan terpilih.

Terbuka Untuk 1,000 Pengunjung Pertama Di Bazar Ramadan Terpilih

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa bazar Ramadan yang terpilih akan menjadi sebahagian daripada Program Bazar Ramadan Rahmah.

Menerusi program tersebut, seramai 1,000 pengunjung pertama di setiap lokasi akan menerima insentif RM20 tersebut bagi menjadikan urusan jual beli lebih pantas, selamat, dan efisien.

“Semoga usaha ini membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor, bukan sahaja dalam kemudahan transaksi, tetapi juga dalam memastikan harga makanan yang berpatutan serta suasana bazar yang lebih teratur,” ujar Onn Hafiz.

Beliau sendiri sempat berkunjung ke salah satu bazar terpilih iaitu Bazar Ramadan Taman Dahlia di Johor Bahru bersama anak-anak TBQ Amal.

200 Lokasi Bazar Ramadan Diluluskan Di Johor

Dalam masa sama, Onn Hafiz turut mengulas mengenai sokongan kerajaan negeri terhadap usahawan kecil dan ekonomi tempatan.

“Kerajaan Negeri melalui 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah meluluskan sebanyak 200 lokasi bazar Ramadan dengan 11,202 petak niaga di seluruh Johor,” ujarnya.

Bukan sahaja bazar Ramadan, tetapi kerajaan negeri juga telah meluluskan 28 Bazar Aidilfitri dengan 1,555 petak niaga yang tersedia yang akan beroperasi menjelang Syawal.

“Terima kasih kepada semua peniaga, pengunjung, dan pihak yang telah menjayakan bazar ini. Semoga Ramadan kali ini terus membawa keberkatan, melimpahkan rezeki kepada semua, dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan Bangsa Johor,” katanya.

Cashless Menjadikan Transaksi Lebih Efisien

Kini, boleh dikatakan rata-rata orang memilih untuk menjadi ‘cashless’ dengan kemudahan sedia ada yang menjadikan transaksi lebih efisien.

Perkara ini juga dapat mengelakkan pengguna daripada membawa wang kertas terlalu banyak dalam suatu masa yang berdepan risiko seperti tercicir atau dicuri.

Antara kebaikan transaksi dalam talian yang boleh dinikmati ramai adalah seperti:

  • Tidak perlu menyediakan wang kecil apabila membayar di mesin parkir.
  • Boleh melakukan pembayaran bil utiliti secara dalam talian.
  • Pembelian masih boleh dilakukan walaupun tiada mesin ATM berhampiran.
  • Pengurusan wang yang lebih teratur.

Memetik laporan media sebelum ini, tujuh daripada 10 rakyat Malaysia secara aktif menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai. Jadi jom berubah ke arah ‘cashless society’!

Baca Artikel Berkaitan: 4 Transaksi Yang Dulu Complicated Tapi Jadi Mudah Dengan Adanya Kaedah Cashless

Baca Artikel Berkaitan: Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 4 Jenis Kad Untuk Buat Pembayaran Secara ‘Cashless’

Baca Artikel Berkaitan: Kad Touch ‘n Go Hilang? Ini Cara Dapatkan ‘Refund’ Baki Wang Dalam Kad Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd