[Video] Polis Buru Tiga Suspek Kes Rompakan Kedai Emas Di Nilai
Menurut laporan polis, kejadian berlaku dalam sebuah pusat beli-belah di Nilai, Seremban.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebelakangan ini, kejadian rompakan semakin menjadi-jadi dengan penjenayah semakin berani bertindak tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai.
Mereka lansung tidak takut untuk beroperasi di tempat terbuka, menjadikan premis perniagaan sebagai sasaran utama.
Lebih membimbangkan, ada di antara mereka yang dipercayai bersenjata, sekali gus mengancam keselamatan pekerja dan pelanggan di lokasi kejadian.
Terbaharu, sekumpulan perompak berjaya melarikan sejumlah barang kemas dalam satu rompakan yang berlaku dalam sebuah pusat beli-belah di Nilai, Seremban.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita & 3 Anak Asuhan Cemas Lepas Kediaman Diceroboh 2 Perompak Berparang Dan Kayu
Baca Artikel Berkaitan: Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Hampir Dipecah Masuk Oleh Perompak. Mujur Ada CCTV!
Polis Buru Tiga Suspek, Seorang Disyaki Bersenjata
Memetik laporan Kosmo, pada malam 3 Mac 2025 sekitar jam 8.36 malam, dua lelaki bertopeng dilaporkan memasuki sebuah kedai emas untuk melakukan rompakan.
Seorang lagi suspek dipercayai menunggu di dalam kereta di luar premis bersedia untuk melarikan diri sejurus kerja mereka selesai.
Menurut pihak polis, salah seorang suspek disyaki menggunakan senjata api ketika rompakan berlaku.
Kesemua mereka berjaya meloloskan diri bersama-sama hasil rompakan dan usaha menjejaki ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan.
@beritasemasa Rompakan dekat Poh Kong Giant Nilai. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang berbuka puasa petang tadi Kredit : Orang Awam #fyp #fypage #fy #rompakan #giantnilai #terkini #beritasemasa
♬ original sound – beritasemasa – beritasemasa
Polis Mohon Kerjasama Orang Ramai
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim mengesahkan bahawa laporan mengenai kejadian tersebut telah diterima, dan siasatan masih diteruskan.
Pihak berkuasa menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar tampil membantu siasatan.
“Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 jika mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu,” katanya.
Kes Libatkan Senjata Api Dalam Pusat Beli-Belah
Terdahulu, satu kejadian hampir sama pernah berlaku dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam yang mencetuskan panik.
Baca Artikel Berkaitan: Berang Diminta Alihkan Barang Punca Suspek Lepaskan Tembakan Dalam Mall Di Setia Alam
Seorang suspek bersenjata api bertindak melepaskan beberapa das tembakan di dalam pusat beli-belah, mengakibatkan seorang pekerja tukang cuci mengalami kecederaan.
Insiden itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur oleh pekerja tersebut yang memintanya mengalihkan barang miliknya.
Menurut Ketua Polis Selangor, siasatan mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock
Baca Artikel Berkaitan: Kedai Aiskrim Di Taman Sri Muda Dirompak, Mangsa Ditikam 8 Kali Pada Bahagian Perut
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Suruh Orang Insaf Kot” – Batu Nisan Dijadikan Pagar Rumah Undang Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.