Now Reading
Benarkan Pengeluaran KWSP Awal Seolah ‘Menghukum’ Pencarum Di Usia Tua – Anwar Ibrahim

Benarkan Pengeluaran KWSP Awal Seolah ‘Menghukum’ Pencarum Di Usia Tua – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berkata bahawa statistik menunjukkan majoriti pencarum KWSP Melayu hanya mempunyai simpanan yang sangat kecil dan bakal berdepan dengan masalah apabila bersara kelak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu platform yang digunakan bagi menyimpan wang demi persaraan kelak.

Caruman ke dalam akaun ini diwajibkan bagi mereka yang bekerja dan secara umumnya hanya boleh dikeluarkan ketika mencapai umur persaraan.

Namun kerajaan sebelum ini telah mengizinkan pencarum untuk melakukan pengeluaran KWSP lebih awal sejak pandemik COVID19 melanda negara.

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Miliki RM1 Juta Dalam Akaun KWSP? Ini 5 Tips Berguna Untuk Ahli Mulai Praktik

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Capai Simpanan RM1 Juta Ketika Bersara Meski Gaji Permulaan RM1,700 – KWSP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terkedu Lihat Akaun KWSP Anak Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Majoriti Pencarum KWSP Melayu Mempunyai Simpanan Sangat Kecil

Terbaharu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan langkah itu seperti mendera dan menghukum pencarum yang melakukan pengeluaran terbabit apabila mencapai usia persaraan.

Kata beliau, berdasarkan statistik majoriti pencarum berbangsa Melayu hanya mempunyai simpanan yang sangat kecil dan bakal berdepan dengan masalah apabila bersara kelak.

Tambah Anwar, walaupun KWSP mempunyai pertimbangan untuk memberi pengecualian dalam kes tertentu, namun ia tidak sepatutnya dibuka terlalu luas demi masa depan kumpulan pencarum itu sendiri.

KWSP Sebagai Simpanan Di Hari Tua, Namun Diberi Pengecualian Dalam Kes Khas

Beliau yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini berkata KWSP sebagai simpanan bagi hari tua merupakan prinsip yang dipegang sejak puluhan tahun lalu.

Oleh yang demikian, ia akan menjadi masalah selepas bersara sekiranya pengeluaran awal dilakukan, lebih-lebih lagi apabila pencarum tidak mempunyai simpanan lain.

“Jadi sementara saya faham keluhan Yang Berhormat. Ada kalanya pengecualian diberikan dan kelonggaran… dan ini diberikan dan banyak kes rayuan khusus diberi pertimbangan khas, terutama dalam keuzuran dan sebagainya.

“Tapi jika buka ruang yang terlalu luas, kita akan ‘menghukum’ mereka apabila mereka tua dan bersara. Jadi kerajaan kena seimbangkan antara selesaikan masalah mendesak segera, dan ‘menghukum’ dan ‘mendera’ dalam keadaan mereka tiada upaya lain,” katanya dipetik Awani.

Ahli Parlimen Tanya Jika Pencarum Boleh Keluarkan KWSP Dalam Keadaan Mendesak

Anwar berkata sedemikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid, sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan pencarum yang mengalami masalah kewangan mendesak melakukan pengeluaran awal KWSP.

Tambah Nurul Amin, masalah yang dihadapi oleh setiap pelusuk rakyat harus dilihat secara holistik oleh kerajaan.

“Ada pencarum yang berhenti kerja dan diberhentikan kerja. Tak ada pendapatan, terpaksa berhutang, gadai rumah dan segalanya tak ada duit untuk hidup. Tetapi mereka ada duit dalam KWSP,” katanya.

Dia dalam pada itu mempersoalkan sama ada kerajaan wajar mempertimbangkan agar kumpulan pencarum tercicir dibenarkan mengeluarkan akaun simpanan mereka sendiri.

KWSP Catat Kadar Dividen Tertinggi Dalam Tempoh 7 Tahun

Pada 1 Mac lalu, KWSP telah mengumumkan pulangan kadar dividen bagi caruman 2024 sebanyak 6.3% bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Shariah, sekaligus menjadi kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun iaitu 5.9% pada 2017.

Kadar ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari 5.5% bagi Simpanan Konvensional dan 5.4% bagi Simpanan Shariah.

Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan perdebatan dalam kalangan orang ramai mengenai pengeluaran awal KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Hal ini adalah kerana mereka yang melakukan pengeluaran terbabit sudah tentu akan menerima jumlah dividen yang lebih rendah.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini telah membenarkan beberapa pengeluaran khas KWSP termasuk i-Lestari (RM500), i-Sinar (RM10,000) dan i-Citra (RM5,000).

Malah pada 11 Mei 2024, KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian kecil simpanan (10%) pada bila-bila masa.

Baca Artikel Berkaitan: Pertimbangkan Perkara Ini Sebelum Lakukan Pengeluaran Dari Akaun 3 KWSP

Umat Islam Perlu Tukar Ke Simpanan Shariah, Lakukan Penyucian Dividen Jika Masih Guna Simpanan Konvensional

Di samping itu, kadar dividen yang setara bagi kedua-dua akaun simpanan ini membuktikan bahawa Simpanan Shariah sama sekali tidak ketinggalan berbanding Simpanan Konvensional.

Oleh itu, umat Islam diingatkan agar berubah ke Simpanan Shariah yang telah diperkenalkan sejak 2017 jika masih belum berbuat demikian.

Bagi pencarum beragama Islam yang mencarum ke dalam Simpanan Konvensional, mereka perlu melakukan penyucian ke atas dividen yang diterima.

Carian kami tidak menemukan Kadar Penyucian Dividen bagi caruman ke akaun konvensional pada 2024, tetapi penyucian ditetapkan pada kadar 66% daripada jumlah dividen diterima bagi tahun 2023.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali ke-87, harta yang diperolehi secara bertentangan dengan syariah seperti riba, gharar dan rasuah adalah haram.

Oleh itu, penyucian harta perlu dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu:

  1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, dan tandas.
  2. Diberi kepada golongan fakir miskin.
  3. Jika harta tersebut dirompak atau dicuri, ia perlu dipulangkan kembali kepada pemilik asal. Jika pemilik telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, ia perlu diserahkan kepada ahli waris. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan, harta diserahkan kepada pihak Baitulmal.

Dalam masa sama, penyucian harta tidak boleh dilakukan menerusi zakat memandangkan ia dikenakan ke atas harta yang halal yang memenuhi syarat wajib zakat seperti telah cukup haul.

Baca Artikel Berkaitan: Penyucian Dividen Konvensional KWSP 2023 66%, Ini Cara Bersihkan Bagi Pencarum Islam

Baca Artikel Berkaitan: Nak Berbelanja Tapi Takut Terlebih Bajet? Ini Cara Kumpul Sinking Fund


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd