Now Reading
[Video] Wanita Tunggang Motosikal Tercampak Ke Bawah Lebuh Raya DASH

[Video] Wanita Tunggang Motosikal Tercampak Ke Bawah Lebuh Raya DASH

Difahamkan bahawa penunggang motosikal itu telah terlibat dalam satu kemalangan sebelum terbabas dan terjatuh ke bawah Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rata-rata pengguna jalan raya pasti akan menggunakan lebuh raya yang dapat mempercepat dan memudahkan perjalanan.

Namun tidak dapat disangkal lagi banyaknya berlaku kemalangan di lebuh raya akibat kecuaian para pengguna jalan raya sendiri.

Lebih sedih lagi, apabila insiden yang berlaku menyebabkan pihak tidak bersalah tercedera malah ada yang sehingga maut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jenis Panas Baran” – Aksi Himpit Menghimpit Proton Waja & Honda City Berakhir Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Tular Tolak Stroller Jam 3 Pagi Cari Roti Untuk Anak Autisme, Wanita Koma Akibat Kemalangan Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Catat Purata 18 Kematian Sehari Akibat Kemalangan Jalan Raya – Anthony Loke

Wanita Jatuh Ke Bawah Lebuh Raya DASH

Satu insiden yang meruntun jiwa telah berlaku semalam (25 Februari) apabila seorang wanita tercampak ke bawah Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Difahamkan insiden tersebut terjadi apabila motosikal yang ditunggang mangsa terlibat nahas jalan raya sehingga terbabas.

Sehubungan itu, tular di media sosial video yang menyaksikan situasi setelah kejadian berlaku.

Dapat dilihat motosikal yang dinaiki mangsa masih berada dalam keadaan yang elok dan diletakkan di tepi jalan. Juga kelihatan seorang lelaki dipercayai suami mangsa berada di tempat kejadian.

Suami Isteri Dipercayai Tunggang Motosikal Berasingan

Menurut laporan Kosmo, kes itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi. Beliau juga berkata kenyataan media akan dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh beberapa saksi di tempat kejadian, dipercayai bahawa mangsa menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya.

“Jatuh dekat dalam Sungai Penchala. Kalau tengok depan-depan tadi tak boleh berfikir macam mana boleh ke dalam sungai. Suami isteri naik motosikal berasingan tak silap,” komen seorang individu dipetik Kosmo.

“Takziah. Saya di lokasi kejadian, kemalangan berlaku depan saya. Saya yang terjun dalam parit untuk tutup jenazah,” tambah individu lain, juga dipetik Kosmo.

Artikel ini akan dikemas kini selepas laporan lanjut diterima.

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Orang Ramai Gesa Pasang Penghadang Keselamatan Di Highway

Insiden itu seterusnya mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang berasa ia boleh dielakkan jika spesifikasi keselamatan yang betul dipasang pada lebuh raya terbabit.

Mereka berkata kemalangan yang dihadapi mangsa tidaklah begitu teruk, tetapi wanita itu maut apabila terjatuh ke bawah lebuh raya.

Beberapa individu pula berkata mereka sendiri berasa risau apabila menggunakan lebuh raya DASH yang tidak mempunyai penghadang tinggi.

Namun ada juga yang berkata ramai yang sering memecut di atas lebuh raya tersebut kerana laluannya yang agak lurus dan panjang.

Orang ramai turut mengucapkan takziah pada mangsa dan agar suami serta keluarga bertabah dengan pemergiannya. Mereka juga berkongsi rasa sedih melihat suami mangsa berada dalam keadaan teresak-esak.

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Wanita ‘Bising’ Ketika Kereta Melalui Kawasan Angin Lintang, PHM Jelas Boleh Sebabkan Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: “Semangat Perpaduan Ni Yang Kita Nak” – Tindakan Orang Ramai Pantas Bantu Mangsa Kemalangan Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd