Hampir 2,000 Hantaran & Iklan Pornografi Diturunkan Sejak 2022 – Fahmi Fahzil
Dari 2022 hingga Februari 2025, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyekat sebanyak 3,670 laman web.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai akaun media sosial yang seolah-olah telah menjadi norma masyarakat zaman kini.
Malangnya, terdapat pula bahan pornografi yang dimuat naik ke sebahagian platform media sosial yang tidak meletakkan larangan bagi kandungan lucah.
Lebih teruk lagi apabila kandungan sedemikian menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap individu tidak bersalah, termasuklah kanak-kanak.
Baca Artikel Berkaitan: Elon Musk Secara Rasmi Benarkan Pengguna X Muat Naik Konten Pornografi
Baca Artikel Berkaitan: 3 Lelaki Didakwa Terlibat Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak Di Selangor
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Ajak Rakan Lain” – Doktor Dedah Murid Sekolah Rendah Layan Website Porno
1,993 Bahan Pornografi Diturunkan Dari Media Sosial
Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan sebanyak 1,993 hantaran dan iklan pornografi telah diturunkan dari pelbagai platform media sosial sejak 2022 hingga 15 Februari lalu.
Menurut Fahmi di Dewan Rakyat, sebanyak 3,670 laman web telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam tempoh sama.
“Sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak MCMC menurut Akta 588.
“Bagi memastikan ekosistem internet yang lebih selamat, SKMM telah mewajibkan setiap media sosial dan platform mesej dalam talian dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna untuk memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP) C bermula 1 Januari tahun ini,” katanya dipetik The Star.
Tambah Fahmi, langkah ini dilakukan agar setiap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang berdaftar mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 serta mengamalkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang diterbitkan oleh SKMM.
SKMM Ada Kumpulan Khas Awasi Kandungan Tak Senonoh
Fahmi berkata sedemikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, mengenai langkah-langkah kementerian dalam menangani bahan pornografi di media sosial dan internet.
Dr Halimah bagaimanapun berkata bahan iklan pornografi masih berleluasa walaupun kerajaan telah masuk campur.
Menurut Fahmi, SKMM mempunyai kumpulan khas bagi mengawasi dan mengambil tindakan ke atas kandungan yang tidak senonoh.
“Platform media sosial mempunyai kewajipan berjaga-jaga untuk mengelak daripada berdepan dengan kandungan tidak senonoh dan kerana itulah kita perlu berkerjasama dengan mereka,” ujarnya.

Setiap Orang Perlu Elok Daripada Berkongsi Semula Kandungan Palsu
Di samping itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer turut mengemukakan soalan sama ada terdapat langkah bagi memastikan kandungan fitnah dan hasutan, terutamanya yang membabitkan royalti dan ahli politik, tidak berulang.
Fahmi kemudian menjelaskan bahawa mereka yang menyebarkan fitnah akan dikenakan tindakan. Sebagai contoh, seorang individu telah ditahan semalam (24 Februari) selepas dia gagal hadir ke sidang mahkamah bagi perbicaraan mengenai penyebaran kandungan palsu.
“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah kerana menghina Majlis Raja-Raja, sebuah institusi yang amat penting,” ujarnya.
Tambahnya lagi, setiap individu termasuk Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab dalam menahan diri daripada berkongsi semula kandungan palsu.
Dia menegaskan agar orang ramai mempelajari daripada apa yang berlaku baru-baru ini dan tidak menyebarkan fitnah.
Berdasarkan laporan, suspek yang gagal menghadiri perbicaraan mahkamah di Mahkamah Sesyen Sepang akan didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
MKN Senaraikan Kesan Negatif Bahan Pornografi
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah menyatakan bahawa terdapat lambakan bahan pornografi di media sosial.
Dalam pada itu, MKN turut menyenaraikan kesan negatif bahan pornografi yang boleh menyebabkan individu cenderung untuk menormalisasikan tingkah laku seksual yang tidak sihat. Mereka yang ketagih dengan bahan pornografi akan melampiaskan nafsu dengan cara salah.
Selain itu, ketagihan ini juga boleh membentuk pandangan, tanggapan dan jangkaan yang tidak realistik tentang seks dan hubungan sihat. Perkara ini akan mempengaruhi perkembangan psikologi dan sosial golongan belia dan kanak-kanak, seterusnya dapat mencetuskan masalah sosial seperti pergaulan seks bebas, jenayah rogol dan cabul.
Pendedahan ke atas bahan pornografi juga boleh merosakkan nilai-nilai moral, adab dan etika, seterusnya menjadi normalisasi dan budaya masyarakat.
Malah, pornografi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan mental lebih-lebih lagi bagi individu yang lebih muda.

Baca Artikel Berkaitan: Australia Rancang Larangan Penggunaan Media Sosial Ke Atas Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Jiran, Guru & Ahli Keluarga Boleh Didakwa Jika Gagal Lapor Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.