Now Reading
Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Kanak-kanak 10 tahun dikenali sebagai Mohamad Fahmi itu sebelum ini dilaporkan tercekik selepas makan gula-gula kenyal, ‘gummy mata’ ketika mengikuti kelas KAFA di Sungai Dua, Butterworth.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak Rabu lalu (19 Februari), kecoh di media sosial apabila Fara Hani, ibu saudara kepada murid lelaki dikenali sebagai Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tercekik selepas makan ‘gummy mata’.

Insiden tersebut menyebabkan pelajar 10 tahun itu terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana keadaannya yang kritikal.

Menurut Fara Hani, Mohamad Fahmi pada awalnya meminta izin kepada guru untuk ke tandas kerana tersedak gula-gula kenyal berkenaan. Namun ketika berjalan ke tandas, kanak-kanak ini dikatakan telah rebah dan tidak sedarkan diri.

Baca Artikel Berkaitan: Murid Lelaki 10 Tahun Kritikal Gara-gara Tercekik Makan ‘Gummy Mata’

Kanak-kanak Tercekik Gummy Mata Hembus Nafas Terakhir

Terkini, Mohamad Fahmi yang tercekik gummy berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa (18 Februari) telah meninggal dunia pada Khamis (20 Februari) kira-kira jam 11 malam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, yang menghubungi Sinar Harian.

“Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru hubungi saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.

“Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Permatang Binjai, Penaga, dijangka pada jam 11 pagi esok.

“Saya tidak ada di sana (HPP), jadi saya tak tahu maklumat lebih lanjut. Apa-apa saya maklum semula,” ujar Fara Hani.

Ramai Hiba Atas Pemergian Mohamad Fahmi

Menjengah ke ruangan komen hantaran di Facebook, rata-rata orang ramai menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Fahmi atas berita duka cita itu.

“Salam takziah. Semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk seluruh ahli keluarga,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mendoakan agar Mohamad Fahmi ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi-Nya.

Sumber: Facebook Fara Hani

Terdahulu, ayah kepada mangsa, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, berkata dia hilang semangat apabila melihat si kecil itu berada dalam keadaan kritikal.

“Saya hilang semangat dan terduduk bila lihat mata anak sudah naik ke atas, bibirnya hitam,” kata bapa berkenaan sewaktu melihat keadaan anaknya.

Dalam masa sama, Mohamad Fahmi yang merupakan anak sulung itu juga disifatkan sebagai seorang yang ceria sebelum kejadian ini berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: Tercekik ‘Gummy Mata’, Bapa Hilang Semangat Lihat Anak Dalam Keadaan Kritikal


Kami dari team TRP, mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mohamad Fahmi atas pemergian si kecil tercinta.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, memuliakan kematian dan mengampuni segala kesalahannya. Amin YRA.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd