[Video] Orang Ramai Kutip Telur Berterabur Di LPT2, Pensyarah Jelaskan Mungkin Tak Selamat Dimakan
Lebih 70,000 biji telur ayam berterabur di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas lori yang membawa muatan itu terbalik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan jalan raya merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka serta boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.
Dalam insiden serius, mereka yang terlibat dalam kemalangan akan menanggung kerugian tinggi, malah ada juga yang sehingga meragut nyawa.
Bagi seorang kelindan lori, kemalangan yang berlaku menyebabkan lori dipandunya terbalik hingga lebih 70,000 biji telur bertaburan di atas jalan raya.
Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Perlu Bedah Siasat Kalau Sudah Tahu Mangsa Meninggal Dunia Akibat Kemalangan? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Wanita ‘Bising’ Ketika Kereta Melalui Kawasan Angin Lintang, PHM Jelas Boleh Sebabkan Kemalangan
Lebih 70,000 Telur Berterabur Lepas Lori Membawanya Terbalik
Semalam (19 Februari), media melaporkan insiden lori yang membawa muatan telur ayam terbalik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas dipercayai dirempuh di bahagian belakang oleh satu lori lain.
Kemalangan itu menyebabkan lebih 70,000 biji telur ayam yang ingin dihantar dari Raub, Pahang ke Kuala Terengganu bertaburan di atas jalan raya sebelum dikutip oleh orang ramai.
Namun menurut kelindan lori, Mohd Izzat Izzudin, pemilik syarikat telah mengizinkan orang ramai untuk mengambil telur tersebut secara percuma bagi mengelak pembaziran. Namun orang ramai tidak dibenarkan untuk menjual telur terbabit.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di media sosial, dapat dilihat orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut mengutip telur yang masih elok untuk dibawa pulang.
@fatymahamway Semoge dipermudahkan urusan drebar lori. Halalkan telo kami ambik ni. Nak bg ke jiran2
♬ bunyi asal – juruhantar – جوروهانتر
Pensyarah Jelaskan Telur Mungkin Dicemari Bakteria Berbahaya
Terbaharu, Pensyarah Biokimia dan Biofizik Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohamad Khairi Mohd Zainol, menjelaskan bahawa kesemua telur terbabit mungkin tidak selamat dimakan.
Menurutnya, telur-telur yang bertaburan itu telah terdedah dengan risiko pencemaran dan boleh dicemari bakteria berbahaya seperti Salmonella, E. coli, L. monocytogenes, C. perfringens dan Staphylococcus aureus yang biasanya ditemui dalam telur lebih-lebih lagi apabila kulitnya telah retak.
“Salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit, demam dan kekejangan perut manakala E Coli boleh mencemari telur jika ia bersentuhan dengan kotoran, najis atau bahan cemar alam sekitar lain.
“Ada bakteria yang hidup subur dalam persekitaran lembap dan boleh mencemari telur sekiranya terdedah kepada tanah atau serpihan jalan,” katanya dipetik Awani.
Tambah Mohamad Khairi, telur terbabit boleh membawa risiko lebih besar kepada wanita hamil, bayi baru lahir dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Basuh Telur Dengan Bersih & Uji Tahap Kesegaran Sebelum Makan Telur Dikutip
Di samping itu, pensyarah tersebut menegaskan agar orang ramai membuang telur yang telah pecah dan retak. Ini kerana retakan pada kulit boleh menyebabkan bakteria masuk, sekaligus menjadikan telur tidak selamat untuk dimakan.
“Telur yang tidak pecah mungkin masih selamat jika ia tidak terdedah kepada kotoran, bahan api atau bahan kimia berbahaya dari jalan,” ujarnya.
Mohamad Khairi menasihati agar telur yang dikutip dibasuh dengan betul dan diperiksa tahap kesegarannya terlebih dahulu.
Tahap kesegaran telur boleh diuji dengan meletakkan sahaja telur ke dalam air yang tinggi.
“Telur segar akan tenggelam sebaliknya telur yang buruk akan terapung,” jelas beliau.
Basuh Telur Hanya Apabila Mahu Dimasak
Orang ramai biasanya akan membasuh telur terlebih dahulu sebelum memasaknya bagi membuang kotoran pada kulit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telur tidak sepatutnya dibasuh jika masih belum mahu dimasak kerana tindakan itu akan menghilangkan lapisan perlindungan pada kulit, seterusnya menyebabkannya cepat rosak.
Jika anda ingin menyimpan telur ke dalam peti sejuk, letakkan telur yang belum dibasuh ke dalam bekas tertutup bagi mengelak pencemaran silang.
Malah, United States Department of Agriculture (USDA) pula menyatakan bahawa telur yang dibeli secara komersial tidak disarankan dibasuh.
Katanya, membasuh telur boleh meningkatkan risiko pencemaran kerana kulit telur sebenarnya bersifat poros yang membolehkan air untuk masuk ke dalamnya.
Sebaliknya pemproses telur di Amerika Syarikat perlu membasuh dan mensanitasi telur bergred-USDA hanya menggunakan bahan sebatian yang mengikut peraturan Food and Drug Administration (FDA).
Baca Artikel Berkaitan: Telur Yang Nak Disimpan Tak Perlu Dicuci? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan
Baca Artikel Berkaitan: Alahan Kucing Pada Manusia Boleh Kurang Jika Si Bulus Makan Telur Ayam?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.