Now Reading
Tercekik ‘Gummy Mata’, Bapa Hilang Semangat Lihat Anak Dalam Keadaan Kritikal

Tercekik ‘Gummy Mata’, Bapa Hilang Semangat Lihat Anak Dalam Keadaan Kritikal

Menurut bapa kanak-kanak itu, pasukan KKM awalnya melakukan CPR berulang kali dalam tempoh 10 minit dan selepas berusaha akhirnya nadi anaknya kembali namun dalam keadaan lemah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini tular di Facebook apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan tercekik sewaktu makan gula-gula kenyal iaitu ‘gummy’ berbentuk mata.

Malah insiden itu turut menyebabkan kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kanak-kanak itu dikatakan pada mulanya meminta izin daripada gurunya selepas tersedak sebelum rebah tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Murid Lelaki 10 Tahun Kritikal Gara-gara Tercekik Makan ‘Gummy Mata’

Bapa hilang semangat lihat kanak-kanak 10 tahun tercekik gummy berada dalam keadaan kritikal

Terbaharu, insiden yang berlaku terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun itu turut membuatkan hati bapanya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, hilang semangat apabila melihat si kecil itu berada dalam keadaan kritikal.

“Saya hilang semangat dan terduduk bila lihat mata anak sudah naik ke atas, bibirnya hitam,” kata bapa berkenaan sewaktu melihat anaknya.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin merupakan anak sulung dan seorang yang ceria sebelum insiden berlaku.

Jelas bapanya pada Selasa (18 Februari) lalu anaknya itu awalnya enggan ke kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) namun disuruh bapanya.

“Saya suruh dia (Mohamad Fahmi) telefon isteri saya (Nuraini Mohamad Isa) dahulu yang ketika itu berada di Alor Star kerana ada urusan keluarga.

“Saya okey sebab nampak anak saya letih, saya telefon isteri dan dia pesan kepada Mohamad Fahmi agar pergi ke kelas KAFA sebab sekolah baharu sahaja bermula.

“Anak saya pun setuju untuk pergi ke kelas KAFA dengan syarat beri dia RM3 sebagai duit untuk pergi ke sekolah agama,” jelasnya, lapor Kosmo.

terima panggilan ustazah beritahu anak pengsan

Dia kemudian menerima panggilan daripada ustazah KAFA berhubung anak lelakinya pengsan di sekolah.

“Pasukan penyelamat Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan CPR berulang kali, mereka ada maklumkan pada saya nadi anak saya sudah tidak ada dan mereka cuba sedaya upaya dalam tempoh 10 minit.

“Bila saya dengar mereka kata begitu saya terus lemah semangat, saya terduduk sebab macam tipis harapan anak saya, namun setelah berusaha akhirnya nadinya ada kembali tetapi lemah.”

Kata Fakhruddin, sewaktu anaknya dibawa ke Hospital Seberang Jaya keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal apabila doktor mengesahkan otaknya alami pembengkakan dan ada saluran darah yang pecah disebabkan kekurangan oksigen.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd