Peniaga Tidak Dibenar Ambil Warga Asing Kerja Di Bazar Ramadan
Peniaga bazar Ramadan di Negeri Sembilan yang mengambil warga asing sebagai pekerja boleh mengakibatkan gerai mereka disita selain pemegang lesen juga disenarai hitam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjelang beberapa minggu sebelum umat Islam bakal menyambut bulan puasa pada tahun ini, sudah pastinya para peniaga makanan dan minuman kini bersiap sedia untuk berjual beli di bazar Ramadan.
Tidak kiralah di mana-mana negeri sekalipun, lokasi ini akan tetap dipenuhi dengan masyarakat pelbagai lapisan umur yang mahu membeli juadah berbuka puasa mereka.
Kadangkala para peniaga sampai tak cukup tangan mahu melayan pelanggan mereka sehingga ada pembeli yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan makanan kegemaran.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!
Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Malaysia” – Suasana Meriah Bazar Ramadan Di Australia Undang Perhatian Netizen

Peniaga Tidak Dibenar Ambil Warga Asing Untuk Bekerja Di Bazar Ramadan
Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Seremban J Arul Kumar berkata peniaga bazar Ramadan di negeri berkenan tidak dibenarkan untuk mengambil warga asing sebagai pekerja.
Jelasnya lagi, peniaga yang berbuat demikian boleh mengakibatkan gerai mereka disita selain pemegang lesen juga disenarai hitam dan tidak boleh membuat permohonan untuk menjaja di mana-mana bazar Ramadan sekitar Negeri Sembilan.
“Kita tidak benarkan peniaga kaya yang menggajikan warga asing di bazar Ramadan, ia untuk peniaga kecil tempatan bagi menjana pendapatan tambahan sempena kehadiran Ramadan.
“Kita memberi amaran ini bukan sahaja kepada peniaga malah penganjur bazar Ramadan dan sekiranya pihak berkuasa mengesan kehadiran peniaga warga asing di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini, tindakan akan dikenakan,” kata J Arul Kumar.

Selain itu, perkara berkenaan dilaksanakan bagi memenuhi objektif utama penganjuran bazar Ramadan iaitu sebagai platform bagi masyarakat tempatan untuk mencari sumber pendapatan sampingan.
“Objektif utama bazar Ramadan adalah untuk memberi ruang kepada peniaga kecil mencari sumber pendapatan tambahan sepanjang Ramadan, bukannya untuk warga asing,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali turut berkata peniaga yang didapati menjual petak gerai kepada pihak ketiga terutamanya warga asing juga akan dikenakan tindakan tegas dari pihaknya.
Warga Asing Juga Tidak Dibenar Masak 13 Menu Tempatan Di Pulau Pinang
Pada Jun 2024 yang lalu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan satu larangan terbaharu pada 2025 di mana tiada lagi tukang masak asing yang dibenarkan di semua gerai, medan selera serta kedai kopi.
Larangan ini mula dipertimbangkan selepas menerima banyak rungutan dari masyarakat berhubung kualiti makanan yang sudah tidak sama selepas premis perniagaan mengambil warga asing sebagai tukang masak.

Walau bagaimanapun, larangan tersebut hanya terpakai untuk gerai yang menjual 13 jenis hidangan tempatan berikut. Antaranya:
- Nasi Lemak
- Asam Laksa
- Pasembor
- Mi Sotong
- Char Koay Teow
- Koay Teow Sup
- Mi Hokkien
- Mi Kari
- Mi Wan Tan
- Loh Bak
- Chee Cheong Fun
- Char Koay Kak
- Oh Chien
Larangan ini hanya dikenakan kepada gerai-gerai kecil dan tidak melibatkan premis kafe, restoran, hotel dan francais yang menawarkan hidangan sama.
Terdahulu, MBPP telah melaksanakan larangan untuk mengambil pekerja warga asing sebagai tukang masak utama sejak 1 Januari 2016.
Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Warga Asing Di Pulau Pinang Tak Dibenarkan Masak 13 Menu Tempatan, Elak Keaslian Terjejas
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kutip RM5 Hingga RM10, Lelaki Pertikai Tindakan Warga Asing Jadi ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang
Baca Artikel Berkaitan: Raih RM600 Sehari Dengan Mengemis, 18 Warga Asing Ditahan Imigresen Johor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.