Now Reading
Doktor Pelatih Jadi ‘Main Target’ Kes Buli Di Fasiliti Kesihatan, Menteri Kesihatan Tampil Beri Solusi

Doktor Pelatih Jadi ‘Main Target’ Kes Buli Di Fasiliti Kesihatan, Menteri Kesihatan Tampil Beri Solusi

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, suasana persekitaran kerja yang kondusif perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah buli di fasiliti kesihatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes pembulian banyak dilaporkan terjadi di institusi pendidikan sejak di bangku sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.

Buli bukanlah hanya terjadi menerusi tindakan fizikal, tetapi juga boleh berlaku secara mental dan emosi.

Namun, siapa sangka apabila perkara ini turut berlaku dalam kalangan mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan masyarakat di dalam negara.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Lebih 30% Doktor Di Malaysia Dibuli’ – MMA

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bekas Pegawai Perubatan Dakwa Ramai Doktor Berhijrah Ke Luar Negara Kerana Gaji & Persekitaran Bekerja

Baca Artikel Berkaitan: Ringankan Beban Petugas Kesihatan, KKM Semak Semula Amalan Kerja Termasuk ‘On Call’

Dr Dzulkefly Umumkan Doktor Pelatih Sasaran Utama Kes Buli

Hari ini (19 Februari), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang Dewan Rakyat memaklumkan bahawa doktor pelatih (HO) adalah yang selalu menjadi sasaran utama kes buli di fasiliti kesihatan.

Beliau berkata bagi mengatasi perkara tersebut, suasana persekitaran kerja yang kondusif perlu diwujudkan.

“Sasaran utama selalunya HO… Housemanship. Saya tekankan sekali lagi sangat mustahak untuk kita mewujudkan ‘adjust working environment’ di fasiliti kesihatan.

“Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang kondusif, penuh empati, adil dan menghormati satu sama lain. `Senior consultant’ turut menghormati ‘junior doctor’, pegawai perubatan (MO) dan juga HO,” katanya dipetik Kosmo.

KKM Sediakan Langkah-Langkah Atasi Masalah Buli Di Fasiliti Kesihatan

Beliau berkata sedemikian demi menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman, berkenaan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang pihak atasan daripada membuli doktor pelatih serta jururawat.

Tambah Dzulkefly, antara langkah khusus yang disediakan oleh KKM bagi mengatasi masalah buli adalah termasuk Talian Heal 15555, garis panduan pengurusan buli di tempat kerja dan nota poket kesihatan mental di tempat kerja.

Di samping itu, beliau berkata perkhidmatan kaunseling serta platform digital MyMinda dan pasukan Sokongan Psikososial Semasa Krisis dan Bencana (MHPSS) turut disediakan oleh pihak KKM.

“Semua ini adalah penting, namun perkara pokok adalah untuk kita bertanggungjawab khasnya ketua jabatan, `senior consultant’, pakar dan sebagainya.

“Mewujudkan budaya kerja yang adil, saksama, penuh empati supaya kita lahirkan pasukan bekerja yang mantap, padu dan penuh belas ihsan,” ujarnya.

Siasatan Pasukan Petugas Khas Mendapati Dakwaan Dr Tay Ditindas Tidak Berbangkit

Terdahulu, media melaporkan seorang Pakar Perubatan Patologi, Dr Tay Tien Yaa, yang ditemui meninggal dunia di rumah sewanya pada 29 Ogos 2024.

Dalam pada itu, adik mangsa mendakwa kakaknya telah menjadi mangsa buli apabila ditindas oleh Ketua Jabatan di Hospital Lahad Datu. Mangsa juga didakwa menghadapi tekanan kerja melampau sepanjang bertugas sebagai ketua unit ketika itu.

Sehubungan itu, satu Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan oleh KKM bagi menyiasat kematian mendiang.

Pada Januari lalu, Pengerusi Pasukan Petugas Khas tersebut, Tan Sri Borhan Dollah bagaimanapun mendedahkan bahawa dakwaan Dr Tay ditindas tidak berbangkit dalam isu berkenaan.

“Kami dapati bahawa mereka bekerja secara profesional, ada grup chat dan perkara ini sentiasa dibuktikan daripada temu bual rakan, pegawai bawahan, pegawai perubatan dan sebagainya. Tidak terdapat sebarang insiden bahawa mendiang bertengkar dengan pegawai yang diadu serta sebagainya,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Kes Kematian Pakar Perubatan Patalogi Di Lahad Datu

Baca Artikel Berkaitan: Dr Zaliha Minta Petugas Kesihatan Buat Aduan Melalui Sistem MyHELP Jika Jadi Mangsa Buli

Baca Artikel Berkaitan: “Garis Panduan Pengurusan Buli Bagi Petugas Kesihatan Akan Dikeluarkan” – KKM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd